Powered By Blogger

TIPS KE NEW ZEALAND (CATATAN PERTAMA)

CATATAN UNTUK MEREKA YANG AKAN MENYAMBUNG PENGAJIAN KE NEW ZEALAND (TERUTAMA SEKALI AUCKLAND )

Saya kerap mendapat soalan-soalan dari para pelawat blog saya tentang bagaimana proses mendapat visa dan sebagainya dari mereka yang akan menyambung pelajaran di sini. Jadi untuk catatan kali ini, saya akan lari sedikit dari topik akademik dan research saya. Saya merasakan perlunya catatan ini dibuat bagi memudahkan mereka mengetahui selok-belok kehidupan di bumi Kiwi. Sedikit sebanyak tips yang diberikan ini, akan membantu mereka untuk datang belajar atau bekerja di New Zealand. Namun begitu, catatan saya ini banyak memfokuskan kepada mereka yang akan menyambung pelajaran di peringkat Postgraduate (Master and PhD).

Universiti:
Terdapat 4 universiti di Auckland, tetapi pada pandangan saya hanya 3 universiti yang mendapat recognition dari Kerajaan Malaysia. Maafkan saya jika tersilap. Tetapi tidak pernah saya mendengar pelajar-pelajar Malaysia belajar di universiti yang ke -4 ter-bawah.
(a) The University of Auckland (UoA) http://www.auckland.ac.nz/uoa/
(b) Auckland University of Technology (AUT) http://www.aut.ac.nz/
(c) Massey University (Cawangan) http://www.massey.ac.nz/
(d) Unitec Institute of Technology http://www.unitec.ac.nz/

Jika anda berhajat untuk bekerja di NZ selepas tamat pengajian di NZ dan merupakan pelajar self-sponsored, saya rasa tiada masalah untuk menyambung pelajaran di Unitec. Ianya diikhtiraf Kerajaan NZ dan terdapat pelbagai course seperti di universiti-universiti yang lain. Cuma, bagi mereka yang memegang biasiswa Kerajaan Malaysia - JPA, MARA, KPT, Universiti (seperti saya), sebaik-baiknya pilihlah 3 universiti teratas yang telah saya nyatakan.

Universiti (a) dan Universiti (b) terletak di tengah-tengah Auckland City. Namun begitu terdapat juga kampus-kampus di luar kota, jadi anda harus melayari website rasmi mereka untuk melihat di mana kedudukan kampus anda kelak. Manakala untuk Universiti (c), kampus utama mereka terletak di Palmerston North (agak jauh dari Auckland) http://www.pncc.govt.nz/ , dan di Auckland, universiti ini hanyalah merupakan kampus cawangan sahaja.

Bandar Auckland:
Auckland merupakan bandar di persisiran pantai dan sebenarnya terbahagi kepada beberapa zon/district yang besar, dan penempatan pelajar-pelajar Malaysia banyak didapati di:-

(a) Auckland City http://www.aucklandcity.govt.nz/ - Urban area, betul-betul di tengah bandar dan berhampiran dengan universiti dan segala city life. Sangat sesuai untuk individu, pasangan yang belum mempunyai cahaya mata atau seorang/dua yang masih kecil. Sewa rumah agak tinggi. Kebanyakan pelajar menyewa apartment (studio, 1-2 bedroom)

(b) Mount Area (Mt Wellington, Mt Albert, Mt Eden, Mt Roskill, Sandringham Road etc) http://www.mounteden.co.nz/ , http://www.arc.govt.nz/environment/volcanoes-of-auckland/mt-wellington.cfm- sub-urban, jauh sedikit dan memerlukan pengangkutan untuk ke universiti. Namun begitu, kadar sewa rumah agak rendah berbanding city dan rumah juga agak besar. Sangat sesuai untuk famili yang besar (anak-anak yang bersekolah) dan mereka yang sukakan ketenangan di waktu malam.

(c) North Shore (Albany, Takapuna) http://www.albany.co.nz/- Sub-urban, di seberang laut, perlu merentasi jambatan jika dari city. Kebanyakan adalah pelajar-pelajar AUT dan Massey Univ. Memandangkan terdapatnya kampus AUT dan Massey Univ di sini. Oh Ya! Untuk melihat jambatan yang saya maksudkan, sila lihat link ini. Auckland Harbour Bridge. http://en.wikipedia.org/wiki/Auckland_Harbour_Bridge

Penginapan
Cadangan saya adalah lihat dahulu di mana kampus anda berada, dan bagaimana keadaan kewangan anda dan famili. Kebiasaanya mereka yang berkeluarga besar akan tinggal di Mount Area (lihat link di atas).
Sebaik-baiknya boleh jenguk website ini http://www.trademe.co.nz/property untuk melihat senarai rumah-rumah sewa.
Bagi yang memikirkan mudah untuk ke universiti, Auckland City adalah tempat yang bersesuaian. Kebiasaanya, jalan-jalan yang mempunyai ramai pelajar Malaysia tinggal adalah di Symonds Street, Anzac Avenue, Mount Street (bukan Mount Area ye) dan Beach Road. Kedudukan jalan-jalan ini memang sangat berdekatan dengan universiti. Seperti saya yang menginap berhampiran kawasan Anzac Avenue, perjalanan  ke fakulti kira-kira 10-15 min (jalan saya yang agak santai). Ramai pelajar Malaysia mudah didapati di Apartment - Unilodge, Eden Crescent, Quest on Mount, Whitaker Place, Bldg 96, Railway, Forte, Princeton (termurah), Empire (termurah), The Landings, The Docks.
Kadar sewa di sini juga agak tinggi di mana purata adalah $250 - $380 (seminggu). Jika lebih dari itu, dikira sangat mahal. Di sini, rumah-rumah dibayar mengikut minggu. Bukan bulan. Sebaiknya jika anda akan sampai ke Auckland (dalam tempoh 1-2 bulan), mohon bantuan pihak Malaysia Auckland Postgraduate Student Association (MAPSA) untuk membantu mencari penginapan. Website MAPSA 2012 dan Website MAPSA 2009/2010 Jangan risau, semua pelajar-pelajar Postgrad Auckland sangat baik dan ukhwah kami sangat tinggi!

Makanan Halal
Alhamdullilah, pengalaman belajar di UK (ketika master) dan di sini sedikit sebanyak dapat membantu saya menilai kandungan makanan halal. Makanan halal mudah didapati di Auckland City. Jika anda malas masak, kebab dengan mudah didapati di mana-mana. Setiap bucu jalan, ada sahaja restoran atau kiosk menjual kebab dari bangsa-bangsa Turki, Pakistani dan Arab ini. Restoran India muslim juga banyak.
Namun begitu, harga di sini memang agak mahal (rata-rata kebab didapati $8  ke atas) tetapi bagi saya berbaloi kerana saiz yang besar dan boleh dikongsi dua orang. Terdapat juga pilihan seperti kebab on rice, dan butter chicken on rice (masakan India)-kesimpulannya untuk mereka yang tidak boleh miss nasi, Auckland memang tiada masalah! http://dining.aucklandnz.com/restaurant/2501/Kebabs+On+Queen

Di sini juga terdapat Asian Food Alley, yang berkonsepkan seperti food court di Malaysia, yang mana terdapat Indonesian Food dan Malaysian Food yang halal! Saya dan suami sering ke sini pada hujung minggu, jika saya agak malas memasak. Wardani Indonesian Food adalah pilihan kami yang menyediakan masakan Minang dan Padang. Sedap dan pedas! Manakala terdapat 2 Malaysian Food di sini, tetapi satu tidak halal dan yang halal menjual makanan seperti roti canai, mee, nasi goreng dan sebagainya.  http://www.viewauckland.co.nz/restaurants/food-alley-info-57154.html

Di universiti juga terdapat cafe menjual masakan India muslim. Namun begitu, kebanyakan pelajar Malaysia yang tinggal di sini, memasak adalah medan menunjukkan skil kerana barang-barang segar dengan mudah di dapati di hypermart, supermarket yang berdekatan. Tambahan pula dengan kos sara hidup yang tinggi, sedikit sebanyak, memasak dapat membantu mengurangkan kos.
Pasaraya yang sering menjadi pilihan ialah:-
(i) Countdown http://www.countdown.co.nz/our-stores/store-hours-and-locations   [fresh dan bersih]
(ii) Pak N' Save http://www.paknsave.co.nz/splash.aspx?Region=Auckland   [termurah!]
(iii) FoodTown http://www.foodtown.co.nz/  [fresh dan bersih]
(iv) New World http://www.newworld.co.nz/  [agak mahal]

The great news is-- ada 2 asian supermarket di Auckland, bermakna segala jenis beras, sos cili Malaysia, Indonesia, kicap-kicap, milo dengan mudah boleh didapati. Saya kurang pasti siapakah pemiliknya, tetapi besar kemungkinan adalah orang Hong Kong atau Taiwan. Jadi, Ba Alif Ba Ya juga dijual. Tetapi tiada masalah, kerana section berbeza.
(i) Tai Ping Asian Market http://www.taiping8.co.nz/sp.aspx?p=home
(ii) Lim Chour Asian Market http://yellow.co.nz/companies/Supermarkets/Lim-Chhour-Supermarket/101923532_1568.html

Dan untuk mencari kedai menjual daging-daging halal, alhamdullilah, walaupun agak jauh dari City, ianya mudah didapati. Kedai-kedai ini milik sepenuhnya orang-orang Islam berbangsa Pakistan, Arab, Fiji dan India. Mereka juga menjual rempah-rempah kari, serbuk-serbuk cili dan pelbagai lagi rempah yang pastinya segar dan sedap. Terdapat juga convenient store berkonsepkan 7-eleven yang dimiliki sepenuhnya oleh orang Islam, namun faham-fahamlah jika konsep sama dengan 7-eleven, harganya agak tinggi.
(a) Muhammad's http://www.mohammeds.co.nz/about.htm [main supplier]
(b) Kyber Mount Roskill http://www.finda.co.nz/business/listing/3y2n/khyber-foods-spices-ltd/
(c) Indian Species, Anzac Avenue [website tidak dijumpai]
(d) Forte Convenient [konsep seperti 7-eleven, agak mahal, tetapi sgt dekat dgn universiti ] http://www.zenbu.co.nz/entry/1124326-forte-convenience

Permohonan VISA dan Medical Check-Up
Ok, jika bercakap pasal permohonan VISA ini, lain orang lain pengalamannya. Ada yang menemui jalan kesukaran/kebuntuan dan ada yg smooth. Pengalaman saya alhamdullilah, dalam tempoh 2 minggu, semua visa student (saya) dan working visa (suami) siap dengan baik. Alhamdullilah! Thanks to our agent Mr Kiat from JMECC. Jadi ini bukan nak promo, tapi JMECC is highly recommended untuk anda yang akan ke New Zealand.http://jmeducationgroup.com/ 
Saya menggunakan khidmat JMECC Zon Utara (Penang) memandangkan saya bekerja di UiTM Perak. Kena ingat ya, di Malaysia tiada NZ Embassy, paling dekat pun di Singapura sahaja. So, better untuk permohonan Visa, gunakan khidmat agent dari awal! Saya tegaskan di sini even dari awal anda memohon program apa di university. Gunakan khidmat agent. Free of Charge! Sebab, agent ini akan dibayar oleh pihak universiti kerana berjaya mencarikan pelajar untuk mereka. Bukankah bagus..So, anda tidak perlu runsing-runsingkan kepala. Anda hanya perlu sediakan kos pembuatan Visa dan kos pengeposan. Harga visa lebih kurang SGD 490 (untuk 1 student visa+1 working visa). * harga pada tahun 2010-2013.
Kenapa Singapore Dollar, sebab dokumen-dokumen kita ini akan dihantar terus ke NZ Embassy di Singapore. JMECC akan sediakan setiap satu borang, anda perlu isi sebaik mungkin beserta requirements seperti medical check-up dan Sijil Akaun Baik (perlu memohon dr Ministry of Foreign Affairs, Putrajaya).

Anda juga boleh menggunakan agent lain seperti SELSET. Sila google sendiri ye.

Tips untuk medical check-up.
Memandangkan hanya Doktor panel terlantik NZ Embassy sahaja yang akan dibenarkan membuat medical check-up anda, dapatkan semua senarai Doktor di Malaysia melalui JMECC. Mereka akan memberikan list ini. Seminggu sebelum anda membuat medical check-up, jaga semua pemakanan anda dan banyak minum air kosong. Sebaik-baiknya berpuasa. Ini untuk menurunkan paras kolestrol dan gula anda. Tips ini penting kerana medical check-up untuk ke NZ adalah sangat-sangat rumit dan cerewet. Jika anda tidak berjaya melepasi beberapa syarat, kemungkinan untuk anda tidak mendapat visa atau visa anda dipendekkan tempoh akan berlaku. Ini terjadi kepada seorang sahabat saya yang tidak mendapat Visa penuh (3 tahun), tetapi hanya untuk tempoh 1 tahun setengah. Ini mendatangkan masalah di Auckland kerana sahabat saya terpaksa membuat semula visa tersebut sebaik shj tempoh itu tamat. Ada yang terpaksa mengulang medical check-up sebanyak 2-3 kali (yang pasti costly!), untuk mendapat bacaan yang baik. Saya mencuba tips ini dan alhamdullilah, kami suami isteri melepasi medical check-up. Terima Kasih pada seorang kakak yang memberikan tips berguna ini.

Tips untuk Sijil Akaun Baik
Sijil Akaun Baik (Good Conduct Certificate) adalah syarat wajib NZ Embassy untuk meluluskan permohonan visa kita. Ini untuk melihat samada kita mempunyai sebarang rekod jenayah atau sebaliknya. Sebaik-baiknya walau di mana anda berada, ambil sedikit masa untuk pergi sendiri ke Putrajaya, Ministry of Foreign Affairs untuk membuat Sijil Akaun Baik ini. Saya pergi sendiri ke sini dan dalam masa setengah hari, saya mendapat Sijil Akaun Baik ini. Kosnya hanya RM10-RM20 sekeping. Ada rakan yang membuat melalui pengeposan, mengambil masa 2 minggu! Bukankah itu telah membuang masa.

*Makluman terkini: Urusan sijil ini kini perlu dimohon secara online terlebih dahulu melalui portal rasmi mereka.

Membawa barangan di dalam bagasi
Perkara paling wajib untuk saya cadangkan adalah bawa rice cooker dan blender anda sendiri dari Malaysia. Ini sangat-sangat berguna kerana, rice cooker agak mahal dan lain sedikit dari rice cooker di Malaysia. Begitu juga dengan blender. Elakkan membawa makanan basah/segar dan jangan bawa susu (putih yang berunsur seperti rupa dadah)-Ditakuti lama ditahan semasa pemeriksaan. Namun ada rakan yang terselamat tanpa diperiksa. Itu semua bergantung pada rezeki. Bagi saya, precautions adalah lebih baik. Kastam NZ sangat tegas dalam hal ini, dan sebaik-baiknya semua barang makanan di letakkan di dalam 1 beg khusus dan siap dengan senarai ingredients (in English), especially keropok dan ikan bilis (berplastik dan kering)-asingkan dari beg pakaian. Ini memudahkan kerja-kerja mereka memeriksa. Semua rempah-rempah kari, serbuk-serbuk, pastikan mudah dibaca-ingredients. Sewaktu di dalam kapal terbang, anda akan diberi sehelai borang clarification barang-barang yang anda bawa. Sila tulis dengan jujur dan nyatakan semua barang yang anda bawa. Jangan sorok satu pun. Penalti akan dikenakan jika berbohong atau menyembunyikan apa-apa. Ubat-ubatan boleh dibawa dengan syarat, bawa bersama surat Doktor yang ditulis di dalam English. Ini kerana ubat-ubatan di NZ, sangatlah mahal.

Sebaik-baiknya untuk memulakan kehidupan baru bawa sepasang kasut sneakers (kerana disini anda akan kerap berjalan kaki berbanding di Malaysia), sehelai jaket ringan yang sesuai dipakai (cuaca di NZ tidak menentu-kadangkala sejuk-sesejuknya, esoknya cerah dan panas!), beg galas belakang, ubat-ubatan (minyak gamat, minyak cap kapak, plaster, ubat yoko-yoko, panadol), peralatan tulis yang mencukupi dari Malaysia (di sini agak mahal). Maggi tak perlu bawa-disini ada banyak Maggi, Brand Mee Sedap pun ada! (Asian food Market), Al-Quran, buku-buku doa, Surah Yasin, CD Al-Quran, Sejadah, Kopiah, Telekung (untuk yang beragama Islam), stokin yang banyak dan keperluan belajar (laptop, mouse, cd kosong banyak, pen drive, removable hard disk, kalkulator-beli siap2! Sini mahal!).

Bangsa / kaum di New Zealand
Rata-ratanya adalah masyarakat NZ (Kiwi dan Maori). Anda akan kagum sebaik sahaja tiba di NZ, melihatkan orang-orang Maori seperti orang Melayu! Susuk tubuh mereka mungkin agak lebih besar dan tegap, tetapi rupa dan warna kulit seperti orang Melayu. Bahasa yang digunakan mereka adalah English dan Maori. Bahasa Maori agak unik. Dari masa ke semasa, anda akan mendengar sendiri bahasa native mereka ini. Orang asal NZ adalah peramah dan mudah mesra, especially orang Maori. Mereka akan seronok jika kita berpeluang menegur mereka dengan ramah dan sopan. Tetapi jika anda menegur dan mereka seolah-olah seperti sombong, kemungkinan besar itu bukanlah org pure New Zealanders. Mungkin orang-orang dari benua Eropah. Selain daripada itu, anda akan terperanjat melihat betapa ramainya bangsa Jepun dan Korea di Auckland City. Rata-rata adalah pelajar-pelajar International dan yang telah bertukar kerakyatan. Sangat ramai! Terutama sekali di kawasan universiti (Symonds St) atau di tengah-tengah bandar (Queen St), bahasa Jepun dan Korea mudah didengari.

Keindahan New Zealand
Tidak mudah digambarkan dengan kata-kata. Jika anda penggemar alam semulajadi, dan jika anda gilakan fotografi dan aktiviti lasak-New Zealand lah tempatnya! Saya bercakap dari konteks saya pernah melihat keindahan UK dan Paris, bagi saya New Zealand adalah tercantik! Setiap tempat yang saya lawati, kalimah SubhanAllah sentiasa terlepas dari bibir. Kerana sememangnya New Zealand sangat cantik dan sangat aman.


Setakat ini coretan saya-yang saya rasakan penting-sementara teringat..
Jika ada persoalan, feel free to ask.
Terima Kasih


* Sila lihat juga TIPS KE NEW ZEALAND (CATATAN KEDUA DAN CATATAN KETIGA)
=)

40 comments:

panda putih said...

tq2, sgt membantu sy menghadapi dilemma nak pergi atau tidak

Joni Doe said...

sy berhajat utk eksport produk malaysia ke hypermarket yg puan nyatakan di atas. boleh bg sedikit cadangan tentang produk apa yg sesuai? setakat ini yg terlintas: kerepek pisang/sukun/keledek, buah sukun, pisang, keledek dan serunding (mungkin x masuk akal hehe)

Joni Doe said...

kos working visa ke NZ berape ye?

Nur Azfahani said...

ehh masuk akal sangat2..silakan..tapi perlu diingatkan NZ custom sgt strict soal makanan yang ingin dibawa masuk..jadi lebih baik cari agent di Malaysia tanyakan tentang hal nih

Kos working visa adalah kira2 RM490, dengan perlu melepasi medical check-up

ReeN said...

Salam Puan,

Saya Mempunyai Beberapa Soalan Yang Ingin Saya Bertanya. Jika Puan Tidak Keberatan, Mohon Untuk Email Ke Saya Di puteri8278@gmail.com

Thanks

Nur Azfahani said...

boleh email sy di paniyama@gmail.com

AkU Eff@ said...

Cik Nur Azfahani Ahmad ada Soalan Yang nk Saya tanya. Jika Tidak Keberatan, Mohon Untuk Email Ke Saya Di effa1186@yahoo.com

@sRuL said...

salam...sy asrul..ingin bertnya psl auckland uni nie...any potential supervisor x??..harap sgt...

Nur Azfahani said...

sila email saya di paniyama@gmail.com

(admin)

Nur Azfahani said...

utk soalan berkaitan mencari potential SV:

http://nurazfahaniahmad.blogspot.co.nz/search/label/TIPS%20KE%20NEW%20ZEALAND

will come back soon insha allah said...

saya target nak ambil english coures sambil bekerja,coures keseluruhan nya berapa ya

Unknown said...

Salam, jika tiada keberatan saya minta puan cerita mengenai peluang pekerjaan jika saya (suami) kepada isteri saya yg ingin belajar di NZ..harap boleh puan cerita serba sedikit supaya rakan lain dan juga saya dpt merancang perjalanan akan datang..sekian terima kasih

Unknown said...

Salam Puan, saya satar drp lembaga peperiksaan, isteri dan seorang pegawai saya akan membuat lawatan kerja ke new zealand. Sudi kiranya puan bantu kami sepanjang di auckland..? Kami akan terbang pada 9/12/2013 jam 9.00 malam dijangka sampai di auckland 10/12/2013 jam 1.00 tengah hari. Andai tidak keberatan utk hubungi saya di md330k@yahoo.com- terima kasih

Unknown said...

Assalam.sy en.wan.saya ingin minta pencerahan dr puan berkenaan:
1)Ank lelaki sy insya'allah tahun dpn habis BA pengajian islam d morocco.adakah d NZ ada U utk ambil master dlm peng.islam mcm UK?
2)Ank ppuan ke2 sy tahun dpn habis diploma kewangan d Unisza.Mcm mana cara nk sambung BA d NZ dlm bidang yg bkaitan dgn dia.adakah kena buat pjmn pljrn dahulu/pohon U dhulu.
3)Sy umur 47thn & sgt bminat nk bkerja d NZ sbagai penyembelih kambing/lembu.bagaimana cara sy nk mtk bkerja disana.sy skrg imam sukarela surau kg sy.email sy wjtent@gmail.com T.kasih

McDreamy said...

salam puan...

saya baru sahaja menghabiskan pembelajaran saya dalam MBBS di Mysore, India... just saya nak tanya, bagaimana caranya untuk saya untuk apply untuk bekerja sementara di hospital NZ sambil tu untuk menyambung belajar In Shaa Allah dalam specialist dalam mana2 universiti di NZ...?

saya tak terikat dengan kerajaan... sebabkan saya bawah tajaan MARA di sini...

kalau boleh, puan boleh emailkan kepada saya , apa yang perlu saya lakukan untuk melanjutkan pelajaran di NZ
imo_faheem@yahoo.com

Unknown said...

HI~untuk makanan malaysia yang nak bawa ke new zealand, bolehkah kita listkan ingredient (BI) sendiri atau mesti beli makanan yang sudah ada list ingredient bahasa inggeris yang sedia ada pada paket?
bagaimana dengan ubat ubatan seperti panadol? perlu listkan juga?
thank you!

Nur Azfahani said...

Sebarang maklum balas sila majukan terus ke email saya paniyama@gmail.com

Saya jarang baca ruang komen ini. Maaf jika tidak menerima sebarang reply di sini.

JM EDUCATION GROUP said...

You can like our facebook page, www.facebook.com/JM.Education.Group to know more on study in New Zealand.

Kak Mahh said...

Terima kasih catatan yg sangat membantu.

Unknown said...

Salam Nur Azfahani Ahmad,

I am so blessed that I found your blog. It helps me a lot in preparing my stuff to be brought to Auckland. On 8 July, I'll be leaving to Auckland from Malaysia and will be studying in UoA. It would be a great pleasure of I could contact you to assist me with some other stuff as I am completely lost about it (house rentals and cash to be brought). Thank you so much! Here is my email haiba252@yahoo.com. please please, contact me when you have time. Looking forward from you!

Warm regards,
HAIBA

Unknown said...

assalam. saya zainura ingin bertanya jika tidak keberatan. saya berhajat untuk bercuti di sana selama seminggu. saya masih belum tahu bahagian mana yang akan saya lawati. jadi saya ingin pendapat Nur yer, saya rasanya ingin menyewa motel supaya saya boleh masak sendiri jadi kawasan atau area mana yang boleh saya lawati dan mudah dapatkan motel atau ada motel yang Nur boleh cadangkan yang harga berpatutan kerana saya cuti cuma bersama suami sahaja. Terima kasih ye Nur.

Unknown said...

Salam Nur..
Nak tanya ada contact ke student yg buat part time job jadi driver? Me n my husband plan nak ge south island dlm 7 to 9 days. For more info email me at yatierashid@gmail.com

Unknown said...

Salam Nur. saya Fariz still a student di Malaysia, cuma saya ada bercadang utk buat intern di NZ, possible ke? juz in case u know. Need some help to get the information. if anything u can help, here is my email farezone307@gmail.com. Terimakasih :)

syakura said...

Saya pelajar lepasan SPM , saya teringin nak bercakap dgan akak

Unknown said...

Salam.. Saya nak tanya.. Wife sy nak kesana belajar dan sy dpt work permit.. Senang x nak dptkan kerja kat sana??

Unknown said...

Salam. Nak tanya mcm mana Muhammad Farqan dpt work permit tp blm dpt keje lg? Ke awak apply working holiday visa??

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
vaniessa may said...

assalam...puan,sy nk tahu mcmana syarat utk sy sewa rumah...sy dh tgk link yg puan share tu...tp sy cuma nk sewa seminggu...blh assist tak?...sy amat berterima kasih sekiranya puan dpt membantu tunjuk ajar sy...tq

norazlinah sairan said...

assalam... puan mohon bantu beri info jika ada student atau driver utk bawa kami melancung di south island ..pada awal disember 2016 ni ,,, sila emel saya norazlinah65@yahoo.com.my tqvm

Unknown said...

Seronok baca entry puan.. 😊😊

MALAYSIAN CAKE RECIPE said...

assalam. saya kini dalam dilema. saya hendak tanya adakah berbaloi sekiranya saya menyambung kursus law di waikato university

Unknown said...

Boleh dapatkan no tel admin?

Unknown said...

nak mintak tolong. saya nak holiday ke auckland n christchurch tapi tak tau sangat. nak mintak guide.

Adams said...

Hey tony! Nama saya Julia, terima kasih atas ketenangan maklumat yang anda bagikan mengenai Dr. Iyabiye mengenai penyembuhan hepatitis, dia dalam keberkahan saya menghubungi dia dan saya sembuh selepas memohon rawatannya. Beliau menghantar saya ubat melalui khidmat kurier DHL yang mudah untuk saya dapatkan dan mengambil ubat selama 4 minggu dan saya pergi ke hospital selepas itu untuk ujian dan negatif. Saya datang ke sini untuk memberitahu anda bahawa anda betul-betul di mana-mana ubatnya, semuanya baik dengan saya sekarang. Terima kasih banyak - banyak. Hanya sekiranya ada sesiapa di luar sana yang ingin menghubunginya, di sini adalah kenalannya: iyabiyehealinghome@gmail.com Panggilan / Whatsapp: +2348072229413

Unknown said...

Boleh beri tips dan aturan utk pelajar lepasan SPM seprti sy utk terus melanjutkan plajaran ke NZ?

COLLINS GUZMAN FUNDINGS said...

Are You In Need Of A Private Or Business Loans At 2% Rate For Various
Purposes? If Yes; Contact us: collinsguzmanfundings@gmail.com/WhatsApp: +1 (786) 598-8751

Mr Abdullah Ibrahim said...


We gives out both business and personal cash no collateral required. term cash of all amounts I think you have come to the right place. We offer Cash at low interest rate of 2%. Interested people should please contact us on For immediate respond application Contact us via email abdullahibrahimlender@gmail.com Calling +918929490461 whatspp Number +918929490461 Mr Abdullah Ibrahim

Sal Hassan said...

A very excellent & detailed information and write up doctor. Very useful to anyone who wishes to study n love in NZ. Syukur Alhamdulillah I had actually did all the uni application, visas, accom etc for all my 3 children during their stay in NZ.

Anonymous said...

seronoknya . saya kalau dapat pergi saya nak score betul balik Malaysia puas hati dgn result yang cemerlang gemilang terbilang

Bie said...

hi Dr. saya sedang gather information tentang NZ esp Univ. of Auckland untuk sambung Master in Food Science (tajaan sendiri dan CBTG) saya perlukan pendapat Dr tentang cara dapatkan sumber kewangan sambil belajar disana.boleh Dr email saya di rabiatulharita@gmail.com? TQ