BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD



Bangunan Sultan Abdul Samad ini terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman, di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur di mana ianya merupakan mercu tanda yang paling penting bagi Malaysia. Ianya yang telah dibina oleh pihak British, yang mengadap ke arah Dataran Merdeka telah mengadaptasi seni bina Moorish dan telah siap dibina pada 1897, menjadi pejabat beberapa jabatan penting semasa pentadbiran British. Bangunan ini berhadapan dengan Dataran Merdeka, Kelab Diraja Selangor dan telah diwartakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sebagai sebuah bangunan bersejarah yang semestinya perlu dipelihara.

Pada mula pembinaannya di kenali sebagai �Bangunan Baru Kerajaan� (the new Government Offices), kemudian sebagai �Sekretariat Persekutuan�, (Federal Secretariat), di guna bersama dengan Kerajaan Negeri Selangor sebelum berpindah ke Shah Alam pada tahun 1974. Asalnya hanya disebut sebagai �Bangunan� sebelum ditukar kepada nama Sultan Abdul Samad yang memerintah semenjak 1857 - 1898.

Pembinaan Bangunan ini adalah kemuncak pembangunan yang di dirikan di Kuala Lumpur pada akhir abad ke 19 malah berupa kejayaan program �Bangunan Tersergam� (Massive Building programme), di bawah pengendaliaan Maxwell/Spooner sebagai perancang dan akitek Bangunan Kerajaan di Kuala Lumpur ketika itu. Kos binaan setelah siap April 1897 berjumlah $152,824 (anggaran awal $152,000) memakan masa pembinaan selama 2 tahun 7 bulan selepas perletakan batu asas yang di lakukan oleh H.E. Sir Charles B.H. Mitchell K.C.M.G (Gabenor Negeri � negeri Selat) pada 6hb Oktober 1894. Antara faktor menarik disebalik sejarah pembinaan Bangunan Awam Kerajaan yang pertama di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri � Negeri Melayu Bersekutu (F.M.S) ini melibatkan penubuhan sebuah kilang bertempat di Brickfield bagi membekalkan bahan binaan seperti 4 juta batu bata, 2,500 tong simen, 18,000 pikul kapur, 5,000 lb tembaga, 50 tan besi keluli dan 30,000 kaki padu kayu.

Tujuan pembinaan awal adalah sebagai Bangunan Kerajaan Baru untuk menempatkan semua Jabatan pentadbiran Negeri � Negeri Melayu Bersekutu (F.M.S) di bawah satu Bangunan pentadbiran berpusat: menempatkan Sekretariat Kerajaan (G.S.O); bilik mesyuarat Majlis Negeri (Council Chamber); Pejabat Pos; Lembaga Kebersihan (Sanitary Board); Pejabat Kehakiman (Judicial Commissioner); Public Works Department (PWD); Audit dan Perbendaharaan; Pejabat Tanah; Jabatan Galian dan Pejabat Daerah Jabatan Kerja Raya (P.W.D. District Office).

Pemilihan stail senibina Islam �Moorish� atau �Mahometan Style� pengaruh bangunan awam di India menjadi pilihan kepada struktur senibina Bangunan Sultan Abdul Samad. Bangunan ini menonjolkan dua stail yang unik: kehebatan pembahagian (grand proportion) dan pertembungan simetri yang klasik (classical symmetry), gaya bangunan bersejarah Eropah dengan menitik berat aspek dekorasi yang berciri �the Raj style� mencerminkan fungsi utama pembinaanya di rantau ini.

Bangunan dua tingkat ini mempunyai keunikan struktur yang menonjol berupa Menara Jam setinggi 41.5m di tengah � tengah binaan berbentuk huruf �F� penampilan identiti dan mercu tanda tersendiri. Ia juga merupakan Bangunan awam pertama yang berdiri megah di tapak berbentuk segi tiga terletak di antara Jalan Raja dan Jalan Belanda (Jalan Mahkamah Persekutuan) yang melengkari ke arah barat sepanjang Sungai Gombak dan Sungai Klang serta menghadap (Clarke St), Jalan Mahkamah Tinggi.

Sebagai Bangunan yang menjadi �pemula� dalam waktu pembinaanya 1894 � 1897, hasil senibinanya pula lengkap dengan ciri � ciri keistimewaan dari aspek komposisi karektor seperti: stail, ragam hias dan pemilihan unsur � unsur Islam pada gerbang tingkap, bentuk separuh lengkong (arch), kubah potong bawang (dome) dan struktur berbentuk minaret yang kebiasaannya terdapat pada senibina Masjid. Kesemua elemen � elemen tersebut menambah nilai estetika yang hebat dan kemudian menjadi contoh ikutan dan penentu aliran kecenderungan dalam pembinaan bangunan awam (civic building).

Antara pegawai � pegawai yang bertanggungjawab terdiri dari Arthur Charles Alfred Norman selaku Akitek Kerajaan, Charles Edwin Spooner selaku Jurutera Negeri dan Pengarah PWD, R.A.J. Bidwell dan A.B. Hubback yang menyediakan pelan, dan lukisan, sehingga membolehkan Bangunan ini di rasmikan oleh Sir Frank Swettenham K.C.M.G. (Residen Jeneral) pada 4hb. April 1897.Di sinilah tempat di mana bendera Union Jack telah diturunkan pada 31 Ogos 1957 dan Jalur Gemilang dikibarkan. Peristiwa ini menunjukkan satu tanda berlalulah satu era dan lahirlah satu masyarakat yang merdeka.

Bangunan dua tingkat ini didirikan di atas kawasan seluas 10200 meter persegi dan tingginya ialah 57 meter. Ia mempunyai 3 kubah dan sebuah menara jam setinggi 40 meter yang masih berfungsi sehingga sekarang.

Bangunan ini pernah dilanda banjir pada tahun 1971 apabila hujan lebat berlaku di seluruh negara. Jumlah hujan yang lebat itu ditambah pula dengan sistem saliran yang tidak begitu memuaskan di sekitar Kuala Lumpur pada waktu itu. Pengubahsuaian pada tahun 1978 mengambil masa enam tahun, menelan belanja sebanyak RM 17.2 juta ringgit.

Nama bangunan ini diambil sempena nama Sultan Selangor yang memerintah ketika itu. Bangunan ini dirasmikan pada tahun 1896.

Bangunan ini menjadi saksi perarakan kemerdekaan Malaysia setiap tahun pada tarikh 31 Ogos 1957.

Diekstrak dari web rasmi Jabatan Warisan Negara (http://daftarwarisan.gov.my/)

8 comments:

Dhurgashree Kangga Raathigaa said...

Thank you for your futher information.

Faeza said...

thanx 4 ur info..sye tgah bwat folio sejarah pmr 2009... siska194

Izrin said...

Thx 4 your futher information...
me 2 tgh wat folio sejarah pmr 2009...
Thank you

Mithra Simon said...

omgosh. thanks. I needed the info. (:

shafiQah,, said...

thanks, so do me !
tgh siapkan folio sejarah pmr.

Saya SuperDiyana said...

thnks a lot.
saya pon tgh buat folio utk pmr.
thnks :D

Nur Azfahani said...

you are most welcome..=)

damhaziaf said...

Folio PMR pun saya juga mahu buat pun...