Powered By Blogger
Showing posts with label BUILDING IN MALAYSIA. Show all posts
Showing posts with label BUILDING IN MALAYSIA. Show all posts

Traditional Malay Houses in Malaysia


Rumah Penghulu Abu Seman
(extracted from www.badanwarisan.org.my)


Restored at No 2 Jalan Stonor, Kuala Lumpur, Malaysia by Badan Warisan Malaysia.

This Rumah Penghulu used to be a local headman's house. It was originally located in Kampung Sungai Kechil, a small village in Mukim Bagan Samak, Bandar Baharu, Kedah.

From the mid 1920s to the early 1930s, Penghulu Abu Seman bin Nayan completed the ensemble of buildings which make up the house. When he died, his son Ibrahim bin Abu Seman inherited both the title and the ownership of the house. Unfortunately Penghulu Ibrahim had no son to succeed him and the house was eventually left vacant.

The three main sections of the house, the balai hall, rumah ibu main house and dapur/ruang makan kitchen/ dining room were constructed at different times and their origins differ. The rumah ibu was originally built for a Tok Taib who was a person of note in Kampung Paya Takong. When the latter passed away, this structure was sold to Penghulu Abu Seman who dismantled and moved it to kampung Sungai Kechil in 1924. The balai was probably added in the 1930s.



MALAYSIA'S CONSERVATION BODIES
CONTACTS AND USEFUL ADDRESSES (last updated 10 Mac 2001)

Conservation bodies in Malaysia can be divided into three groups which are:
1. Official Conservation Committees
2. Private Societies
3. Charitable Trust

1. OFFICIAL CONSERVATION COMMITTEES:

Conservation and Urban Design Unit of Kuala Lumpur City Hall
Unit Pengekalan Seni Bandar, Bangunan DBKL, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur
Known as Unit Pengekalan Dan Seni Bandar, the Unit was founded by Kuala Lumpur City Hall in early 1988 for the purposes of carrying out research, providing guidelines and implementing regulations for its urban environment and conservation areas. Since its establishment, the Unit has expanded its work to matters related to urban conservation work. The Unit is considered as the pioneer among all official conservation committees set up by the local authorities in Malaysia. The Unit provides other services including preparing plans for any new development in the conservation areas, formulating planning principles and development guidelines, carrying out programmes which encourage public awareness and appreciation of better urban environment; and evaluating planning applications as well as giving advice to property owners, developers and government agencies.


Penang Conservation Unit
Jabatan Perancang Bandar dan Pemajuan, Majlis Perbandaran Pulau Pinang, KOMTAR, 10000 Georgetown, Penang
The Unit was formed by penang City Council in early 1991 for the purpose of preserving old buildings and streetscapes, retaining th eunique character of Georgetown; and revitalising old areas without having to destroy old fabric. Some of its conservation works include indentifying buildings and sites for conservation zoning, controlling and considering any new development planned in the conservation areas, formulating guidelines as well as development policies for the conservation areas


Melaka Conservation Unit
Conservation Unit, Urban Planning and Building Control Department, Melaka Municipal Council, Malacca. Tel: 06-2326411 or Fax: 06-2325716

2. PRIVATE SOCIETIES:

Penang Heritage Trust
26-A Lorong Stewart, 10200 Georgetown Penang. Tel/fax:04-2642631 e-mail: phtrust@po.jaring.my
Founded in 1987 by architect Dato' Lim Cheong Keat, the Trust is a voluntary society which seeks to preserve and enhance Penang's heritage. It cooperates with the Penang Conservation Unit through good planning and activities to advance the goals of conservation. The Trust also organises public seminars on building conservation and invites representatives from different local authorities, private agencies, museums and the Public Works Department. It is prominent in publicity and intervenes in local and regional development proposals.


Acheh Mosque Heritage Group
47, Lebuh Acheh, 10200 Georgetown, Penang. Tel:04-2611994
Known as Badan Warisan Masjid Melayu Lebuh Acheh, the group was formed in December 1992 by the local community and former residents of the Acheen Street Mosque areas in Georgetown, Penang. The main objectives of the group include to preserve the historical and cultural heritage of the mosque and it's surrounding properties, to collate and document information relating to the Acheen Street Mosque, to promote the permanent preservation of all historic buildings for the benefit and education of the public, to consider and support any new development to improve the socio-economic conditions of the area; and to enhance good relationships among community members through regular meetings and cooperations.

3. CHARITABLE TRUST:

Badan Warisan Malaysia (Heritage of Malaysia Trust)
No. 2, Jalan Stonor, 50450 Kuala Lumpur. Tel: 03-2449273 Fax: 03-2457884

Badan Warisan Malaysia began officially in 1983 as a charity trust. It was set up by a group of volunteers who were keen to preserve Malaysia's built heritage and areas of architectural interest in all parts of the country. In 1984, a society called Sahabat Warisan Malaysia (The Friends of the Heritage of Malaysia Trust) was set up to support the Badan Warisan Malaysia in its objectives, primarily in the areas of fundraising, education and public awareness of heritage preservation. However, the society was dissolved in 1995 and its membership was merged with the Badan Warisan Malaysia in order to strengthen and unify the heritage movement. The objectives of the Badan Warisan Malaysia include to promote the permanent preservation for the benefit and education of the people of Malaysia of all historic buildings, to preserve the setting of historic buildings and where aoopropriate their historic content, to preserve the character of groups of attractive buildings which enhance a street, a town or a village; ans to preserve sites of archaeological or pre-historic interest. The Badan Warisan Malaysia also organises talks, exhibitions, visits and competitions.

Rumah Kutai, Perak
(extracted from www.muziumperak.com.my)





Rumah Kutai Negeri Perak dipulihkan kembali dan ditempatkan di Kompleks Sejarah Pasir Salak yang terletak di sepanjang Sg.Perak.

Sejarah Ringkas Kompleks Sejarah Pasir Salak

Kompleks Sejarah Pasir Salak terletak kira-kira 80 kilometer dari Bandaraya Ipoh. Ianya telah dibuka dengan rasminya oleh D.Y.T.M. Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah pada 26 Mei 1990 dan dirasmikan sepenuhnya oleh DYMM Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbudin Shah pada 5 Julai 2004. Kompleks ini merupakan satu memorial penting kepada sejarah terbilang Pasir Salak dan rakyat negeri Perak.

Konsep asal penubuhannya merupakan satu bentuk rakaman sejarah yang memperingati betapa pentingnya peristiwa berdarah Pasir Salak yang dianggap sebagai asas permulaan sistem demokrasi berparlimen bagi Malaysia. Kompleks Sejarah Pasir Salak juga akan dijadikan sebagai sebuah pusat yang menyediakan sumber-sumber rujukan mengenai sejarah dan kebudayaan negeri Perak Darul Ridzuan.

Pembinaan Kompleks Sejarah Pasir Salak ini bertujuan untuk memperingati generasi-generasi muda akan peristiwa Pasir Salak pada tahun 1875 yang merupakan kemuncak dalam gerakan orang Melayu menentang penjajah Inggeris di Perak serta mengenang jasa dan pengorbanan para pahlawan yang mempertahankan maruah bangsa dan negara. Ia juga didirikan sebagai pusat pengumpulan bahan-bahan sejarah yang terdapat di Kompleks Sejarah Pasir Salak ini. Sejarah penentangan dan perjuangan ini dipamerkan dalam bentuk diorama.

Bahan Sejarah Yang Terdapat di Kompleks Sejarah Pasir Salak

Bahan-Bahan Sejarah Di Kompleks Sejarah Pasir Salak
• Rumah Dato’ Maharaja Lela
• Tugu Peringatan Pahlawan
• Perak Kubur Si Puntum
• Kubu Dato’ Maharaja Lela
• Tugu Lela Rentaka I dan II
• Pentas Belotah
• Balai Penghulu
• Tapak Birch Dibunuh
• Sampan Perak
• Rumah Kutai I • Rumah Kutai II
• Rumah Kutai III
• Rumah Kutai Anjang Pelita
• Terowong Sejarah
• Sekolah Tok Pelita
• Tugu Peringatan Birch
• Galeri Menteri-Menteri Besar
• Masjid Pasir Salak
• Perahu Naga

Bahan- Bahan Pameran Di Rumah Kutai I Dan II Kompleks Sejarah Pasir Salak
Sejarah Peristiwa Pasir Salak
Senjata (Keris,Golok,Pedang, Senapang, dll)
Alat-Alat Pengangkutan.
Perabut Rumah.
Alat-Alat Tembaga.
Pakaian.
Peralatan Pertanian.
Tekatan.
Alat-Alat Bunyian.
Manuskrip.
Model Bangunan.

Latar Belakang Rumah Kutai Perak

Rumah ini adalah dari jenis bumbung panjang. Keistimewaan reka bentuknya adalah kerana ia lebih etnik dan ringkas. Reka bentuk ini juga dikenali sebagai rumah kutai. Rumah ini masih terdapat di negeri Perak dan telah berusia lebih 100 tahun. Antaranya di Kampung Sayong Lembah, Kuala Kangsar, Kampung Kota Lama Kanan dan Kampung Bota Kanan, Parit.

Rumah ini menggunakan sepenuhnya bahan binaan semula jadi yang terdapat di sekeliling kampung. Struktur asas adalah kayu keras manakala atap dibuat dari daun rumbia dan dinding pelupuh dari anyaman buluh atau rotan.

Rumah ini mempunyai bumbung yang agak tinggi, tetapi terdapat sedikit keunikan dari segi keterbukaan rumah ini. Ia seolah-olah tidak mempunyai pengudaraan yang baik dan mencukupi. Dinding rumah mencapai ke paras rabung atap tanpa diselangi kerawang atau seumpamanya. Ini disebabkan dinding itu sendiri tembus angin, maka ianya tidak perlu hiasan kerawang dan sikap rendah diri penghuni rumah ini.

Keringkasan reka bentuk menunjukkan yang rumah kutai adalah untuk orang biasa berbanding rekaan lain yang lebih moden dan canggih seperti bumbung limas dan bumbung Perak. Rumah ini menyaksikan beberapa unsur seni struktur yang agak menarik, ringkas dan mempunyai fungsinya tersendiri.

Rumah ibu dipisahkan dari rumah dapur dengan selang yang terbuka. Rumah ibu mempunyai tingkap menghala ke rumah dapur. Di penghujung rumah dapur terdapat pelantar untuk kegunaan penyediaan makanan atau ruang letak untuk hasil dari kebun dan sungai. Rumah ini mempunyai beberapa unsur seni struktur yang agak menarik, ringkas dan mempunyai fungsinya tersendiri

RUMAH Kutai seperti kebanyakan rumah tradisional Melayu memaparkan kehebatan warisan seni bina Melayu, tetapi Kutai yang bermaksud tua memaparkan kehebatan pemikiran orang Melayu melalui penerapan unsur Islam yang amat mendalam.[/size][/font]

Tiiada siapa tahu usia sebenar rumah Kutai, tetapi rumah ini sudah wujud ketika Kesultanan Perak diasaskan pada awal abad ke-16.

Reka bentuk rumah Kutai di sepanjang Sungai Perak, Ribu dan Kangsar di Perak, mempunyai hubungan erat dengan Undang-Undang 99 yang menetapkan batasan hubungan antara lelaki dan wanita bukan muhrim.

Jika pembinaan rumah moden tertakluk kepada pelbagai syarat mengikut agensi kerajaan seperti Pihak Berkuasa Tempatan dan Jabatan Bomba dan Penyelamat, rumah Kutai lebih hebat kerana aspek estetika, struktural dan fungsi, banyak dipengaruhi oleh unsur kesopanan yang digariskan kitab suci al-Quran.

RUMAH Kutai di Kampung Kepayang, Simpang Pulai,
masih mengekalkan seni bina asal.

Penemuan ini adalah antara hasil kajian pensyarah seni bina Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Madya Dr Anuar Talib, yang berpandangan bahawa pemikiran orang Melayu ketika itu dibendung oleh al-Quran hingga pembinaan rumah banyak menerapkan unsur Islam.

Katanya, pembinaan rumah Kutai memberi penghormatan kepada wanita dengan amat menjaga maruah mereka, terutama yang belum berkahwin atau anak dara.

“Rumah Kutai mempunyai satu bilik dan bilik itu untuk anak dara. Jika ada lima anak dara di rumah itu, semua akan tidur sebilik.

“Kerahsiaan bilik anak dara dapat dilihat apabila mengikut Undang-Undang 99, pasangan yang baru berkahwin disuruh menziarahi rumah saudara-mara, tetapi apabila bermalam, tempat mereka ialah di luar. Bilik tetap milik anak dara,” katanya.

Keluasan rumah Kutai tiang 12 hanya 422 kaki persegi berbanding rumah kos rendah, antara 480 hingga 500 kaki persegi. Rumah tiang 16, 850 kaki persegi, berbanding rumah teres dua tingkat (empat bilik), 2,000 kaki persegi

Bagaimanapun, ini tidak menjadi masalah kerana rumah Kutai mempunyai banyak tiang yang membolehkan antara empat hingga tujuh bilik dibuat pada waktu malam dengan mengikat kain antara tiang.

Dr Anuar berkata, rumah Kutai tiang 12 dengan mudah menempatkan lapan orang tinggal dengan selesa.

Selain itu, rumah Kutai mempunyai tangga depan dan belakang, memisahkan golongan lelaki yang masuk menggunakan tangga depan dan wanita melalui tangga belakang, sekali gus menempatkan lelaki di serambi depan dan wanita di serambi belakang.

WALAUPUN diubah suai, rumah Kutai di Pasir Salak,
kekal dengan hanya satu bilik.Katanya, pemikiran ke hadapan orang Melayu untuk memelihara maruah wanita, terutama anak dara dapat dilihat dalam Undang-Undang 99 yang menyatakan:

Apabila hendak memasuki rumah orang, jika tiada muhrim, tetamu lelaki perlu duduk di bahagian kanan tangga depan.

Beliau berkata, kedudukan itu menyebabkan lelaki bukan muhrim yang berada di bahagian kanan tangga tidak boleh nampak atau mengintai secara langsung bilik anak dara yang terletak di bahagian kanan rumah.

Antara ciri rumah Kutai ialah tingkap kecil menyebabkan keadaan dalam rumah agak gelap dan ini menghairankan Dr Anuar, tetapi hasil penerangan tukang yang membuat rumah Kutai, reka bentuk ini memang disengajakan.

Katanya, keadaan lebih ekstrim di rumah Batak yang langsung tidak mempunyai tingkap menyebabkan hanya sedikit cahaya memasuki dalam rumah kerana masyarakat Batak berpegang kepada falsafah kerahsiaan dalam kegelapan.

“Di rumah Kutai, apabila tetamu datang dari tempat terang (luar rumah) dan masuk ke dalam rumah, kekurangan cahaya adalah pendekatan psikologi yang sangat bijak kerana mata tetamu perlu mengambil sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan kegelapan.

“Ini memberi cukup masa kepada wanita yang tidak memakai tudung menutup rambut, manakala anak dara sempat masuk bilik. Reka bentuk rumah memberikan kerahsiaan kepada wanita dalam rumah,” katanya.

Beliau berkata, ikatan kuat antara rumah Kutai dan Undang-Undang 99 dapat dilihat berdasarkan kedudukan bilik menghala hulu sungai.

Katanya, undang-undang mensyaratkan bahawa rumah mesti dibina di hilir rumah yang lebih awal dibina di kampung itu dan dengan kedudukan bilik menghala ke hulu menyebabkan anak dara yang menghuni bilik tidak dapat dilihat.

Dr Anuar memberi penghormatan kepada tukang rumah perintis yang berilmu tinggi dan mengkaji al-Quran.

Katanya, kitab suci yang menjadi panduan umat Islam menyatakan secara umum mengenai pembinaan rumah seperti sebagai tempat sementara, ringan serta boleh dipindahkan dan tukang rumah peka terhadap perkara ini.

RUMAH Kutai yang sudah diubah suai
masih mengekalkan ciri tradisi.

[font=Arial][size=2]
“Rumah Kutai dibina untuk boleh dibuka dan dipasang semula. Dalam tempoh antara lapan hingga sembilan hari, tiang, gelegar dan rasuk boleh disusun dan rumah dibina semula. Ini dipermudahkan kerana rumah tidak dipaku, tetapi menggunakan baji dan selak.

“Tiang tidak dimasuk dalam tanah, tetapi diletakkan di atas alas untuk memudahkan pemindahan,” katanya.

Memperincikan kehebatan tukang rumah, katanya penerapan unsur Islam dilihat berdasarkan pemahaman terhadap kejadian manusia yang dijadikan berpasangan.

Katanya, rumah Kutai mempunyai banyak unsur berpasangan seperti serambi depan-serambi belakang, kasau (kayu melintang pada bumbung) jantan-kasau betina, ibu tangga-anak tangga dan tiang panjang-tiang pendek.

Katanya, ukiran pada tebal layar rumah yang mempunyai lambang bulan dan bintang mempunyai makna kosmologi, iaitu keagungan Allah mencipta bulan dan bintang serta mengatur ketertiban perjalanan alam semesta.

“Tukang rumah berasa bahawa rumah adalah simbol seluruh alam dan manusia dibendung alam, kuasa dan ayat Allah. Makna simbol ini diketahui masyarakat Melayu tradisional, tetapi tidak lagi oleh masyarakat moden,” katanya.

Di Padang Rengas, katanya tebal layar sebuah rumah Kutai mempunyai corak lapan jalur cahaya matahari di kiri dan lapan di kanan, manakala ada satu jalur di tengah.

Katanya, orang biasa mungkin melihat corak itu tidak mempunyai apa-apa makna, tetapi makna sebenar ialah adalah 8 (kiri) + 1 (tengah) = 81 dan 1 (tengah) + 8 (kanan) = 18. Apabila 81 + 18 = 99, bermaksud 99 nama Allah.

Selain itu, katanya ada corak membahagikan 36 jaluran kepada dua bahagian atau 18 jaluran, tetapi disengajakan pembahagian tidak begitu tepat untuk menunjukkan Allah mencipta manusia berpasangan dan hanya Allah yang sempurna.[/size][/font]

Pembinaan rumah moden lebih bersifat individualistik, bertentangan dan memusnahkan alam sekitar

SUDAH tiba masa perancang bandar dan arkitek memikirkan semula secara serius untuk menerapkan konsep mesra alam dalam pembinaan rumah.

Perkara ini semakin mendapat perhatian di negara maju, terutama Eropah yang mula menyedari bahawa teknologi moden dalam pelbagai bidang memberi kesan negatif terhadap alam.

Antara bidang yang mendapat perhatian serius ialah industri pemotoran Eropah yang mengenakan syarat lebih ketat kepada pengeluaran kenderaan supaya tidak mencemarkan alam. Kenderaan hibrid dan hidrogen mula diterokai untuk dikeluarkan secara komersil.

PENERAPAN konsep mesra
alam dalam pembinaan
rumah Kutai.


Begitu juga dalam pembinaan rumah yang kini mula disedari perlu lebih mesra alam seperti memanfaatkan komponen bangunan yang semula jadi dan mesra alam serta unsur cahaya dan pengaliran udara semula jadi untuk mengurangkan penggunaan tenaga elektrik.

Konsep mesra alam sebenarnya sudah lama dipraktikkan tukang rumah Melayu yang membina rumah tradisional, terutama Kutai.

Pensyarah seni bina Univesiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Madya Dr Anuar Talib, berkata tukang rumah Melayu tradisional mengambil teladan dari al-Quran, lantas menjadikan pembinaan rumah bersifat sementara dan diadun bersama alam.

Katanya, keadaan ini tidak berlaku dalam pembinaan rumah moden yang bersifat individualistik, bertentangan dan memusnahkan alam.

"Kita merugikan tenaga dengan penghawa dingin serta menggunakan besi dan aluminium untuk membina rumah. Aluminium dihasilkan menggunakan banyak tenaga dan jika rosak, di mana hendak dibuang? Aluminium mengambil masa ribuan tahun untuk hancur dan pupus," katanya.

Tukang rumah Melayu dan daerah nusantara lain pula menggunakan bahan yang bukan saja tidak mencemarkan alam, malah sebati dengan alam. Sebagai contoh, kepingan lantai kayu mengambil masa antara 40 hingga 60 tahun untuk reput dan kemudian menjadi sebahagian alam.

Malah, katanya tukang rumah zaman dulu menghormati alam kerana jika hendak menebang pokok besar sebagai bahan binaan untuk membuat rumah dan mendapati ada kesan cakaran harimau pada pokok, mereka akan mencari pokok lain.

"Tukang tidak akan usik kerana harimau juga mempunyai pokok sebagai kawasan yang dikuasai haiwan itu. Sekarang nampak saja pokok cantik, hendak ditebang. Ini yang amat dikesali kerana masyarakat moden tidak menghormati alam yang Tuhan jadikan sangat istimewa, simbolik dan penuh rahsia" katanya.

Dari segi penggunaan ruang, katanya rumah teres dua tingkat dengan keluasan 2,000 kaki persegi (600 meter persegi) masih dirasakan kecil kerana rumah dibahagikan kepada ruang khusus, iaitu empat bilik, ruang tamu, makan dan dapur, sedangkan bilik hanya digunakan bagi tempoh antara 10 malam hingga 6 pagi.

Katanya, rumah banglo yang besar mungkin tidak menghadapi masalah ruang, tetapi konsep ruang keterbukaan rumah Kutai boleh diterapkan dalam pembinaan rumah kos rendah dan rumah pangsa kerana rumah tiang 12 lebih luas walaupun bersaiz lebih kecil, antara 422 kaki (126.6 meter) hingga 600 kaki persegi (180 meter persegi).

Keluasan rumah Kutai tiang 12 di Sayong, Kuala Kangsar, hanya 126.6 meter persegi berbanding rumah kos rendah, antara 144 hingga 180 meter persegi. Sebuah rumah Kutai tiang 16 di Kampung Kepayang, Simpang Pulai berukuran 150.6 meter persegi, berbanding rumah teres dua tingkat (empat bilik), 600 meter persegi

Bagaimanapun, ini tidak menjadi masalah kerana rumah Kutai mempunyai banyak tiang (12 atau 16 tiang) yang membolehkan antara empat hingga tujuh bilik dibuat pada waktu malam dengan mengikat kain antara tiang.

Dr Anuar berkata, rumah Kutai tiang 12 dengan mudah menempatkan lapan orang tinggal dengan selesa.

Beliau berkata, konsep rumah moden adalah terlalu privasi menyebabkan banyak berlaku perbuatan tidak baik yang orang lain tidak nampak.

"Rumah Melayu tradisional walaupun mempunyai satu bilik tetap, jarang berlaku perbuatan sumbang mahram. Zaman sekarang yang mempunyai tiga atau empat bilik, macam-macam boleh berlaku apabila bilik berkunci. Secara simbolik apabila berada dalam ruang terbuka, adab dan cara bercakap diawasi ramai orang," katanya.

FAKTA
Rumah Kutai

Kutai bermaksud tua atau purba

Bahagian struktur utama rumah menggunakan kayu keras seperti cengal dan merbau, manakala bahagian kemasan lantai dan dinding menggunakan meranti dan anyaman buluh.

Paku tidak digunakan. Tukang memilih selak dan baji kerana memudahkan rumah dibuka dan dipasang semula.

Rumah Kutai mempunyai dua jenis, rumah Kutai tiang 12 dan tiang 16.

Rumah Kutai mempunyai dua tangga, depan untuk lelaki dan belakang untuk perempuan.

Serambi depan untuk lelaki dan serambi belakang untuk perempuan.

Serambi depan juga digunakan untuk pelbagai tujuan seperti ruang kanak-kanak mengaji al-Quran, tempat tuan rumah berbual dengan tetamu lelaki. Ruang tetamu lelaki tidur, manakala tetamu perempuan tidur di ruang tengah.

Ruang tengah juga digunakan sebagai tempat solat dan menempatkan orang sakit

Hanya mempunyai satu bilik yang khusus untuk anak dara dan kelahiran bayi.

Saiz rumah tiang 12 paling kecil ialah kira-kira 422 kaki persegi dan rumah tiang 16, kira-kira 502 kaki persegi.

Rumah Kutai tiang 16 mempunyai 16 tiang terkeluar dari lantai untuk menanggung beban bumbung dan antara empat hingga tujuh bilik sementara boleh dibuat dengan mengikat kain antara tiang.

Orang kaya dan pembesar Perak (hingga 1850-an) tinggal di rumah Kutai tiang 16 walaupun mampu tinggal di rumah lebih besar. Tidak ada rumah yang mempunyai lebih banyak tiang. Reka bentuk rumah orang kaya dan pembesar Perak dengan orang biasa kelihatan sama dari jauh.

Perbezaan antara rumah orang kaya dan pembesar Perak dengan orang biasa adalah berdasarkan ukiran yang hanya ketara apabila diamati dari jarak dekat. Upah satu panel tingkap berukir (2 X 2 kaki) ialah seekor kerbau.

Orang kaya dan pembesar menggunakan kayu panel sebagai dinding bahagian bawah rumah. Kayu panel dibuat daripada kayu keras seperti cengal dan merbau yang dibelah dan ditarah kira-kira dua inci. Orang biasa menggunakan dinding kelerai yang dibuat daripada anyaman buluh yang tahan antara 10-15 tahun.

Perbezaan lain ialah corak anyaman, terutama bahagian dinding bumbung atau tebar layar yang berfungsi sebagai alamat atau identiti rumah.

Berbeza dengan ukiran rumah tradisional Melayu Kelantan dan Terengganu yang menggunakan ayat al-Quran, rumah Kutai menerapkan unsur alam dalam anyaman dinding seperti bunga cengkih dan kelawang. Haiwan seperti ayam berlaga dan kepala cicak turut digunakan, tetapi kelihatan seperti bentuk abstrak.

Motif alam mempunyai makna mendalam. Ukiran ayam berlaga bermaksud mengingatkan tuan rumah supaya tidak berjudi kerana rumah boleh tergadai.

Rumah Kutai asal dibuat oleh tukang Melayu. Segelintir pekerja lombong bijih timah Cina yang melarikan diri dari pertelagahan Ghee Hin dan Hai San, bekerja dengan tukang Melayu dan mempelajari membuat rumah Kutai.

Tukang Melayu menggunakan kaedah pembinaan yang membolehkan rumah dibuka dan dipasang semula. Ini dilakukan dengan cara satu rasuk panjang dimasukkan ke dalam empat tiang.

Walaupun bentuk rumah sama, tukang Cina memasukkan rasuk ke dalam dua tiang kerana mahu cepat dan menjimatkan kos. Kaedah ini tidak membolehkan rumah dibuka dan dipasang semula.

Tukang Melayu menggunakan sistem ukuran jengkal dan jari. Inci mula digunakan dengan pemerintahan Inggeris dan kehadiran tukang Cina.

BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD



Bangunan Sultan Abdul Samad ini terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman, di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur di mana ianya merupakan mercu tanda yang paling penting bagi Malaysia. Ianya yang telah dibina oleh pihak British, yang mengadap ke arah Dataran Merdeka telah mengadaptasi seni bina Moorish dan telah siap dibina pada 1897, menjadi pejabat beberapa jabatan penting semasa pentadbiran British. Bangunan ini berhadapan dengan Dataran Merdeka, Kelab Diraja Selangor dan telah diwartakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sebagai sebuah bangunan bersejarah yang semestinya perlu dipelihara.

Pada mula pembinaannya di kenali sebagai �Bangunan Baru Kerajaan� (the new Government Offices), kemudian sebagai �Sekretariat Persekutuan�, (Federal Secretariat), di guna bersama dengan Kerajaan Negeri Selangor sebelum berpindah ke Shah Alam pada tahun 1974. Asalnya hanya disebut sebagai �Bangunan� sebelum ditukar kepada nama Sultan Abdul Samad yang memerintah semenjak 1857 - 1898.

Pembinaan Bangunan ini adalah kemuncak pembangunan yang di dirikan di Kuala Lumpur pada akhir abad ke 19 malah berupa kejayaan program �Bangunan Tersergam� (Massive Building programme), di bawah pengendaliaan Maxwell/Spooner sebagai perancang dan akitek Bangunan Kerajaan di Kuala Lumpur ketika itu. Kos binaan setelah siap April 1897 berjumlah $152,824 (anggaran awal $152,000) memakan masa pembinaan selama 2 tahun 7 bulan selepas perletakan batu asas yang di lakukan oleh H.E. Sir Charles B.H. Mitchell K.C.M.G (Gabenor Negeri � negeri Selat) pada 6hb Oktober 1894. Antara faktor menarik disebalik sejarah pembinaan Bangunan Awam Kerajaan yang pertama di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri � Negeri Melayu Bersekutu (F.M.S) ini melibatkan penubuhan sebuah kilang bertempat di Brickfield bagi membekalkan bahan binaan seperti 4 juta batu bata, 2,500 tong simen, 18,000 pikul kapur, 5,000 lb tembaga, 50 tan besi keluli dan 30,000 kaki padu kayu.

Tujuan pembinaan awal adalah sebagai Bangunan Kerajaan Baru untuk menempatkan semua Jabatan pentadbiran Negeri � Negeri Melayu Bersekutu (F.M.S) di bawah satu Bangunan pentadbiran berpusat: menempatkan Sekretariat Kerajaan (G.S.O); bilik mesyuarat Majlis Negeri (Council Chamber); Pejabat Pos; Lembaga Kebersihan (Sanitary Board); Pejabat Kehakiman (Judicial Commissioner); Public Works Department (PWD); Audit dan Perbendaharaan; Pejabat Tanah; Jabatan Galian dan Pejabat Daerah Jabatan Kerja Raya (P.W.D. District Office).

Pemilihan stail senibina Islam �Moorish� atau �Mahometan Style� pengaruh bangunan awam di India menjadi pilihan kepada struktur senibina Bangunan Sultan Abdul Samad. Bangunan ini menonjolkan dua stail yang unik: kehebatan pembahagian (grand proportion) dan pertembungan simetri yang klasik (classical symmetry), gaya bangunan bersejarah Eropah dengan menitik berat aspek dekorasi yang berciri �the Raj style� mencerminkan fungsi utama pembinaanya di rantau ini.

Bangunan dua tingkat ini mempunyai keunikan struktur yang menonjol berupa Menara Jam setinggi 41.5m di tengah � tengah binaan berbentuk huruf �F� penampilan identiti dan mercu tanda tersendiri. Ia juga merupakan Bangunan awam pertama yang berdiri megah di tapak berbentuk segi tiga terletak di antara Jalan Raja dan Jalan Belanda (Jalan Mahkamah Persekutuan) yang melengkari ke arah barat sepanjang Sungai Gombak dan Sungai Klang serta menghadap (Clarke St), Jalan Mahkamah Tinggi.

Sebagai Bangunan yang menjadi �pemula� dalam waktu pembinaanya 1894 � 1897, hasil senibinanya pula lengkap dengan ciri � ciri keistimewaan dari aspek komposisi karektor seperti: stail, ragam hias dan pemilihan unsur � unsur Islam pada gerbang tingkap, bentuk separuh lengkong (arch), kubah potong bawang (dome) dan struktur berbentuk minaret yang kebiasaannya terdapat pada senibina Masjid. Kesemua elemen � elemen tersebut menambah nilai estetika yang hebat dan kemudian menjadi contoh ikutan dan penentu aliran kecenderungan dalam pembinaan bangunan awam (civic building).

Antara pegawai � pegawai yang bertanggungjawab terdiri dari Arthur Charles Alfred Norman selaku Akitek Kerajaan, Charles Edwin Spooner selaku Jurutera Negeri dan Pengarah PWD, R.A.J. Bidwell dan A.B. Hubback yang menyediakan pelan, dan lukisan, sehingga membolehkan Bangunan ini di rasmikan oleh Sir Frank Swettenham K.C.M.G. (Residen Jeneral) pada 4hb. April 1897.Di sinilah tempat di mana bendera Union Jack telah diturunkan pada 31 Ogos 1957 dan Jalur Gemilang dikibarkan. Peristiwa ini menunjukkan satu tanda berlalulah satu era dan lahirlah satu masyarakat yang merdeka.

Bangunan dua tingkat ini didirikan di atas kawasan seluas 10200 meter persegi dan tingginya ialah 57 meter. Ia mempunyai 3 kubah dan sebuah menara jam setinggi 40 meter yang masih berfungsi sehingga sekarang.

Bangunan ini pernah dilanda banjir pada tahun 1971 apabila hujan lebat berlaku di seluruh negara. Jumlah hujan yang lebat itu ditambah pula dengan sistem saliran yang tidak begitu memuaskan di sekitar Kuala Lumpur pada waktu itu. Pengubahsuaian pada tahun 1978 mengambil masa enam tahun, menelan belanja sebanyak RM 17.2 juta ringgit.

Nama bangunan ini diambil sempena nama Sultan Selangor yang memerintah ketika itu. Bangunan ini dirasmikan pada tahun 1896.

Bangunan ini menjadi saksi perarakan kemerdekaan Malaysia setiap tahun pada tarikh 31 Ogos 1957.

Diekstrak dari web rasmi Jabatan Warisan Negara (http://daftarwarisan.gov.my/)

Industrialised Building Systems (IBS)

Pelaksanaan Industrialised Building Systems (IBS)
Pengenalan kepada IBS

(diekstrak dari laman web rasmi JKR www.jkr.gov.my)

Sistem Binaan Berindustri bermaksud satu sistem atau kaedah pembinaan yang mana komponennya dihasilkan di dalam keadaan terkawal (di kilang atau di tapak bina), diangkut dan dipasang dalam kerja pembinaan dengan menggunakan pekerja yang minimum di tapak.

Syarat-syarat Kontrak
Maklumat lanjut mengenai Syarat-Syarat Kontrak IBS:-

1. DASAR - DASAR TENDER
Agensi-agensi perlu memastikan supaya dasar-dasar kerajaan yang sedia wujud dipatuhi sepenuhnya. Antaranya ialah :-

Matlamat serta strategi di bawah Dasar Pembangunan Nasional diberi perhatian;
Dasar Kualiti Alam Sekitar diambil perhatian ;
Dasar Pelaburan Asing dan Pemindahan Teknologi dilaksanakan bagi kontrak antarabangsa ;
Memasukkan dasar keutamaan bumiputera sebagai satu syarat tender dan kontrak. Peluang kontrak diberi kepada kontraktor tempatan dan keutamaan hendaklah diberikan kepada kontraktor bumiputera dengan penglibatan sekurang-kurangnya 30% daripada nilai kontrak serta mengambil bahagian secara aktif dalam sesuatu projek.
2. PERANCANGAN
Agensi-agensi yang ingin melaksanakan sebarang perolehan kerja, perlu terlebih dahulu mengambil kira perkara-perkara berikut :-

Ringkasan Projek. Menyediakan ringkasan projek jika projek baru, dengan memberi butir-butir mengenai tujuan projek dan rekabentuk projek secara am.
Pemilihan Tapak / Pengambilan Balik Tanah. Adalah tanggungjawab agensi pelaksana untuk memilih tapak dan juga mengambil tindakan-tindakan seterusnya untuk pengambilan tanah sebelum projek bermula.
Peruntukan/Pembiayaan. Semua ketua agensi perlu memastikan bahawa agensinya sedia mempunyai peruntukan Belanja Mengurus atau Pembangunan yang diluluskan sebelum sebarang perolehan kerja dibuat.
Perlantikan Kontraktor. Semua perolehan kerja kerajaan hendaklah dibuat dengan melantik kontraktor yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor. Kontraktor yang mengambil bahagian dalam perolehan hendaklah berdaftar mengikut kelas, kepala & sub-kepala yang bertepatan dengan perolehan yang dibuat. Agensi perlu mengenalpasti dan memastikan perolehan yang dikhaskan kepada Kontraktor Bumiputra selaras dengan peraturan berkaitan yang dikeluarkan oleh Perbendaharaan dari semasa ke semasa.
- SPP Bil. 2/1995

3. PENGURUSAN TENDER-TENDER KERAJAAN
3.1.Jabatan-jabatan dikehendaki mengikuti garis-garis panduan yang berikut untuk menggelakkan kelewatan pengurusan tender-tender kerajaan.

Sebelum satu-satu tender itu dijemput, satu carta (jadual) hendaklah diadakan bagi menunjukkan anggaran masa untuk tiap-tiap peringkat dari tarikh tender ditutup hingga keputusan dibuat.
Penilaian tender hendaklah dilakukan dengan segera dan tidak melewati tempoh yang ditetapkan di dalam carta (jadual).
Lembaga Tender hendaklah bersidang dalam tempoh 2 minggu selepas penilaian tender selesai.
Keputusan sesuatu tender itu hendaklah disampikan kepada penender yang berjaya menurut carta (jadual) yang ditetapkan.
Di mana sesuatu tender itu perlu dirujuk kepada Perbendaharaan untuk keputusan, rujukan tersebut hendaklah sampai kepada Perbendaharaan dalam tempoh 7 hari selepas keputusan Lembaga Tender.
SPP 7/79
3.2. Agensi-agensi perlulah memastikan :-

3.2.1. Semua tender kerja dipanggil secara tempatan. Sekiranya kontraktor tempatan tiada kepakaran atau sukar dilaksanakan secara usahasama, tender antarabangsa bolehlah dipelawa.
3.2.2. Bagi menggalakkan pemindahan teknologi dan penyertaan kontraktor tempatan dalam kerja di mana kontraktor tempatan tidak mempunyai pengalaman dan kepakaran, tender kerja hendaklah dipelawa secara usahasama antara syarikat-syarikat tempatan dengan kontraktor antarabangsa.
3.2.3. Sekiranya kontrak kerja itu dibiayai oleh institusi kewangan antarabangsa, kontraktor yang dilantik adalah terikat kepada ketetapan peraturan institusi tersebut. -
SPP Bil. 2/1995


Perolehan/Tender

Garis Panduan Penyediaan Dokumen Tender


Pengenalan

Garis panduan ini bertujuan untuk menggariskan panduan bagi penyediaan dokumen tender untuk perlaksanaan IBS di JKR. Garis panduan ini memberi penerangan mengenai tatacara penyediaan dokumen tender untuk perlaksanaan projek secara IBS.

Kaedah Perolehan

Selaras dengan arahan Kerajaan untuk menambahkan peratusan komponen IBS dalam rekabentuk dan pembinaan projek-projek Kerajaan, satu kaedah perolehan telah dirangka di mana terdapat tiga (3) jenis pemanggilan tender boleh dilaksanakan, iaitu:

Alternatif 1: Rekabentuk sediada kepada IBS
Reka & Bina tetapi telah mempunyai rekabentuk konvensional yang perlu ditenderkan dengan segera. Kaedah ini ialah:

Kerajaan akan memberikan rekebentuknya semasa proses tender kepada Kontraktor;
Kontraktor dikehendaki menukarkan rekabentuk konventional tersebut kepada rekabentuk berasaskan komponen IBS yang akan dijadikan asas utama tender;
Kontraktor perlu mengemukakan dua harga tender yakni satu berasaskan IBS sebagai asas harga tender utama dan harga rekabentuk konventional sebagai perbandingan harga sahaja. Walaubagaimanapun jika Kontraktor hanya menawarkan salah satu harga tender sahaja, maka Kontraktor tersebut tidak layak diperakukan untuk disetujuterima.
Jika Kerajaan berhasrat untuk menerima tawaran Kontraktor yang berasaskan harga konventional, maka satu Surat Niat hendaklah dikeluarkan kepada Kontraktor yang berjaya sebagai tawaran alternatif.



Alternatif 2: Tender secara Reka dan Bina
Reka & Bina: Tiada Rekabentuk dan pelaksanaan projek perlu disegerakan tetapi sebelum dibuat pemanggilan tender hendaklah dilaksanakan proses pra-kelayakan bagi memastikan hanya Kontraktor yang berkelayakan dan berkemampuan sahaja yang akan menyertai tender tersebut; dan

Alternatif 3: Rekabentuk IBS sepenuhnya
Tender konventional: Rekabentuk sediada dengan menggunakan komponen IBS yang direkabentuk oleh Kerajaan berasaskan system IBS terbuka.

Bangunan Komtar; terpinggir lagi tersisih?




Bangunan Komtar, Pulau Pinang merupakan antara bangunan komersial tertinggi yang terawal di Malaysia dan sangat terkenal pada tahun 1980-an, tetapi kini di sebalik pembangunan pesat negara, benarkah bangunan ini semakin tersisih dan terpinggir?



Menara KOMTAR (Kompleks Tun Abdul Razak) terletak di Georgetown, Pulau Pinang di mana ianya merupakan bangunan yang paling tinggi di Pulau Pinang dan ke-6 tertinggi di Malaysia selepas bangunan menara berkembar KLCC, Menara Telekom dan sebagainya. Bangunan ini yang menampilkan bentuk bersegi 12 menempatkan ruang pejabat dengan ketinggian 232m atau 760 kaki dan mempunyai 65 tingkat kesemuanya. Di kelilingi pembangunan pesat Pulau Pinang, bangunan ini semakin pudar ditelan zaman. Barangkali masyarakat di sekitar Pulau Pinang masih memandang menara ini sebagai satu mercu tanda namun masyarakat di Malaysia seolah-olah telah terlupa tentang keagungan bangunan yang dibina pada tahun 1986 ini.
Pada akhir tahun 1978, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengambil alih sebuah bangunan sekolah agama yang sangat terkenal dan di antara yang tertua di Malaysia, di mana ianya telah dibina pada tahun 1916. Sekolah yang dimaksudkan adalah Sek. Men. Keb. Agama Al-Mashoor Lelaki, yang terletak di 41-A, Lebuh Tek Soon dan menggantikannya dengan pembinaan Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) ini.

Di awal pembinaannya, menara Komtar ini begitu dinanti-nantikan oleh rakyat Pulau Pinang kerana ianya selaras dengan pembinaan Jambatan Pulau Pinang pada waktu itu. Ianya juga menempatkan pusat pentadbiran kerajaan negeri. Selain daripada Pejabat Speaker dan Pejabat Ketua Menteri, ruang pejabat dan tempat rehat untuk para wakil rakyat, pegawai dan orang awam juga turut disediakan. Namun begitu, di atas tuntutan kemajuan dan kehendak jangka panjang, bilik-bilik mesyuarat yang sedia ada telah menjadi agak sesak dan hanya mampu menampung kapasiti 33 orang wakil rakyat sahaja. Manakala, tempat untuk pegawai dan kakitangan kerajaan, para wartawan dari media massa dan galeri untuk orang awam adalah tidak mencukupi sama sekali.
Kini, setelah 22 tahun bangunan ini dibina, ianya disesakkan lagi dengan rangkaian stesen bas dan teksi di bawahnya yang menjejaskan nilai-nilai estetika bangunan tersebut. Asap-asap kenderaan awam ini terperangkap di bawah bangunan, di dorong atas faktor kelemahan rekabentuk tambahan bangunan sedia ada. Merumitkan keadaan lagi, apabila bangunan ini turut dirangkaikan dengan sebuah kompleks membeli-belah untuk golongan pendapatan pertengahan dan rendah.

Menyusur langkah ke dalam bangunan ini, penulis sama sekali merasa hiba. Sangat berbeza dengan bangunan-bangunan komersial terkini, kedai-kedai di Menara Komtar ini begitu muram sekali, di mana kebanyakan susun atur dan ruangan dalaman kedai disusun secara konvensional, menampilkan nafas lama di mana tidak wujudnya peragaan-peragaan yang bernilai kontemporari, hiasan elemental bangunan yang sangat ketinggalan, keadaan lantai dan dinding yang tidak berseri dengan sistem kebersihan tandas walaupun berbayar amat menyesakkan nafas.

Secara khususnya, kebanyakan kedai-kedai di dalam bangunan ini disediakan khusus untuk membantu peniaga-peniaga Bumiputera menjual barangan-barangan tradisional seperti kuih-kuih tradisional Melayu, kain batik, baju Melayu dan baju kurung, ubatan tradisional dan beberapa salun gaya 1970-an. Di tingkat dua kebanyakan kedai telah ditutup kerana kekurangan pelanggan. Adakah ini senario yang perlu ditonjolkan untuk bangunan yang menjadi mercu tanda sebuah negeri?


Sebagai seorang Juruukur Bangunan yang berdaftar di bawah Perbadanan Juruukur Malaysia (ISM), pastinya bangunan ini turut dilihat dari fokus sistem penyelenggaraannya. Apa yang pasti, sepanjang lawatan penulis ke bangunan ini, perspektif tinggi terhadap bangunan ini telah tersasar sama sekali. Membawa pelajar-pelajar membuat kajian kondisi ke atas bangunan ini menjadi satu pengalaman yang amat-amat menarik. Menariknya kerana begitu banyak kecacatan bangunan yang perlu dicatat dan diperiksa di dalam masa 2 hari lawatan. Penulis tidak berniat untuk memburukkan imej bangunan ini, justeru itu adalah lebih baik penulis dan rakan-rakan Juruukur Bangunan yang lain mengambil inisiatif untuk berbuat sesuatu terhadap perkara ini. Mungkin, pihak di sana masih kurang input dan ilmu tentang permasalahan yang melanda. Sesuatu perlu dilakukan bagi memulihkan imej bangunan ini. Yang pastinya, kita tentu tidak mahu kejadian bumbung bocor seperti di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur terjadi lagi.