Powered By Blogger
Showing posts with label TIPS KE NEW ZEALAND. Show all posts
Showing posts with label TIPS KE NEW ZEALAND. Show all posts
TIPS JALAN-JALAN DI AUCKLAND CITY

Assalamualaikum,
Rasanya lama betul saya tidak menulis di dalam blog saya ini. Bukan apa, saya sangat sibuk menyudahkan penulisan tesis PhD saya. Belum siap pun, tetapi saya break sekejap hari ini.

Memandangkan blog saya ini kini bukan sahaja dikunjungi oleh mereka yang bakal menyambungkan pelajaran di NZ, ada juga mereka yang ingin melawat Auckland menghantar email bertanya pelbagai soalan tentang Auckland dan New Zealand.

Saya senaraikan soalan - soalan yang kerap ditanya:

1.  Bilakah waktu yang sangat bagus untuk melawat NZ?

Saya jawab - Bergantung dengan niat anda. Jika anda hendak bermain salji dan merasai kesejukan winter, datanglah pada musim Winter sekitar Julai -Aug (kerana waktu ini snow dah turun). Peringatan: di Auckland TIDAK ADA salji. Kawasan bersalji adalah di Selatan NZ. Saya sneak preview gambar kami bersalji tahun 2011 dan 2012, di kawasan pergunungan Mt. Ruapehu bersama-sama family Malaysia yang sama-sama study di Auckland. http://www.mtruapehu.com/




Bagi yang ingin datang pada waktu-waktu lain; saya amat-amat menggalakan Musim Bunga (Spring) iaitu sekitar Sept - Nov. Pada waktu ini, cuacanya sangat nyaman dengan bunga-bungaan di sana sini. Saya sneak preview gambar-gambar bunga yang saya ambil. Maaf, ada 2 sahaja photo buat masa ini yang rajin saya upload kan =)





Saya amat-amat TIDAK menggalakkan anda untuk datang ke New Zealand sekitar Dec, Januari dan Feb; kerana Auckland sangat-sangat panas di tiga bulan ini. Maklumlah, musim summer kan..Jika teringin 'sun burn', silakan datang. Terasa seperti di Malaysia sahaja =) So, what's the point?


2. Tempat apakah yang sesuai saya lawati dan apa yang menarik di sekitar Auckland?

Jadi, di sini saya senaraikan 'Places To Go and Things To Do in Auckland'.

1. Around Auckland

Yang sangat-sangat saya galakkan bagi mereka yang ingin tour sekeliling bandar Auckland, bolehlah menaiki bus Hop-on, Hop-off Auckland. Di sini saya sertakan link http://www.explorerbus.co.nz/

Kos sekitar $40 (one day trip) atau $65 (2-days trip). Nasihat saya, ambiklah yang 2-days trip dan ambiklah Route 1 (Blue Circle Route). Kenapa? Sebab, route yang di bawa oleh bas ini memang InshaAllah; tak berlebih tak terkurang. Tambahan kawasan Western Springs (Bulatan kecil - lihat dalam photo), adalah bersebelahan Auckland Zoo dan Auckland MOTAT. Kawasan ini sangat luas dan memenatkan. Nampak dalam map macam kecil kan. Trust me, the area is huge. Jadi, ambil 2-days trip untuk anda cover 1st day untuk Bulatan Besar, and on the second day; pergi ke kawasan Western Springs (Bulatan Kecil).


Jika anda teringin ke pesisiran pantai (seperti dalam Route 2), anda sebenarnya mempunyai option menaiki bas biasa sahaja dari Britomart ke Mission Bay tanpa perlu menaiki Hop-on Bus ini. Ambil sahaja bas biasa di Quay Street dan minta driver bas turunkan di Mission Bay.

Tempat-Tempat Wajib Dilawati di Sekitar Auckland City:-

1. SkyTower http://skywalk.co.nz/
2. Auckland Bridge
3. Mission Bay
4. Devonport (menaiki feri dari Britomart Jetty) - 10 mins menaiki feri ke North Shore area -- http://www.visitdevonport.co.nz/category/travel-here-devonport/ferry
5. Queen Street - Kawasan untuk membeli souvenir
6. Parnell Village - Street cafe
7. Parnell Rose Garden (Musim Bunga sahaja)
8. Auckland Domain & Auckland Museum (Muzium NZ sangat best!)
9. Mt Eden Summit (Bekas volcano crater dan boleh nampak keseluruhan bandar Auckland City -MUST go!)
10. Auckland Fish Market (Boleh jalan kaki sahaja dari Viaduct Harbour - berdekatan Britomart Jetty)
11. Auckland Zoo (Sangat besar dan menarik) - Bersebelahan dengan Western Springs; tasik yang sangat penuh dengan itik, angsa, flamingo dan pelbagai jenis burung NZ.
12. Auckland MOTAT http://www.motat.org.nz/; bersebelahan Auckland Zoo, dan Western Springs; nak naik tram tak? Kat sini lah boleh naik tram.


Tempat-Tempat Wajib Dilawati di Berhampiran Auckland (Perlu sewa kereta dan drive/ menaiki tour bus):-

1 jam from Ayckland - Hamilton dan Waikato http://www.visithamilton.co.nz/

2 jam from Auckland - MataMata (tempat penggambaran Lords of the Rings dan The Hobbiton) http://www.hobbitontours.com/

3 jam from Auckland - Rotorua (http://www.rotoruanz.com/ - kawasan geothermal asli -MUST Go!) Sneak preview Wai-o-Tapu Geothermal Park yang saya pernah pergi bersama family.














TIPS KE NEW ZEALAND (CATATAN KE-EMPAT)

APA YANG PERLU DIBUAT SEBAIK SAHAJA TIBA DI BUMI NEW ZEALAND

Assalamualaikum wbt

Saya menulis lagi untuk coretan keempat, kali ini tentang apa yang perlu dibuat sebaik sahaja 'landing' di bumi NZ. 
Suka saya mengingatkan, pengalaman yang dikongsikan ini banyak merujuk kepada pengalaman saya sewaktu tiba di Auckland City sekitar tahun 2010 dahulu. Jadi, jika anda bakal tiba di bandar-bandar lain selain daripada Auckland, sila 'adjust' notes saya ini mengikut kesesuaian iterinari anda. Catatan ini juga disediakan bagi membantu persiapan pelajar-pelajar baru yang bakal tiba untuk menyambung pengajian MSc atau PhD.

TIPS:-
1. Arrival Card:
Pastikan anda membawa bersama alamat tempat kediaman sementara (temporary) untuk digunakan sebaik sahaja mengisi borang 'arrival card' yg bakal diberikan di dalam flight. Untuk itu, anda ada beberapa option, samada tinggal sementara di rumah rakan-rakan baru di Auckland, atau menyewa penginapan 'backpackers'.




















Contoh NZ Arrival Card (muka hadapan). 

2. Sediakan beg untuk diperiksa kastam NZ:
Sebaik sahaja tiba, pastikan di dalam beg bagasi anda TIDAK ada langsung mkn berunsur buah-buahan segar/sayur-sayuran dan daging. Jika ada, sila buang ke dalam tong sampah yg disediakan sepanjang laluan arrival hall. Tertulis perkataan 'Declare or Dispose'. 


Suka saya mengingatkan, jika anda ingin membawa mkn-mkn dr Malaysia, pastikan semuanya siap dilabel, atau mempunyai list of ingredients in English. Dan satu kan ia di dalam satu bag khusus, supaya tidak bercampur dgn beg-beg baju. Jgn sorok-kan makanan atau selit-selitkan ia dgn niat atau perasaan yg kastam NZ tidak akan nmpk..Percayalah, antara kastam ter-'strict' di dunia adalah kastam NZ dan Australia. Jika terjumpa makanan yg tidak dibenarkan, dan anda pula tidak 'declare' makanan tersebut dlm borang 'arrival card', bersedialah untuk membayar denda sebanyak $400.


Untuk melihat senarai makanan yang tidak dibenarkan, mungkin anda boleh menjenguk TIPS KE NEW ZEALAND (CATATAN PERTAMA) saya.

Oh ya, anjing-anjing 'comel' kastam juga akan selalu berkeliaran menghidu beg-beg penumpang yang baru tiba, jadi jangan terkejut ya..

3. Beli Starter Pack-Top-Up:
Sebaik sahaja keluar dari kastam dan tiba ke arrival lobby, di sebelah kiri pintu keluar, ada kiosk Vodafone. Sila beli starter pack sim card anda di situ. 

Lebih kurang begini lah kiosk Vodafone. 

4. Transportation ke city:
Terdapat pelbagai pilihan, di mana jika anda adalah pelajar The Univ of  Auckland, dan tiba pada siang hari, anda boleh menggunakan perkhidmatan mini van universiti yang akan menanti anda di pintu luar airport. Anda perlu register dahulu dengan pihak universiti. Tgk link ini http://www.auckland.ac.nz/uoa/home/for/international-students/study-abroad-and-exchange/life-on-campus

Atau anda juga boleh menggunakan perkhidmatan shuttle bus 'Super-shuttle' yang boleh di-register secara online melalui website rasmi mereka. Saya amat cadangkan anda menggunakan shuttle bus ini, jika bilangan family anda ramai serta barang-barang anda juga banyak. Anda boleh memilih untuk menyewa secara 'private' atau 'sharing' (share dgn penumpang-penumpang lain).

* Jangan sekali-kali naik teksi airport-mahal..

5. Check in Penginapan : 
Jika berminat untuk menyewa penginapan sementara, di sini saya sertakan link penginapan termurah, terdekat dgn kampus dan ada dapur di Auckland City. http://citytravellersauckland.blackstone.co.nz/ Anda boleh juga menghubungi pihak rakan-rakan baru di Auckland, untuk menginap sementara sebelum dapat rumah sewa baru.

Harap info ringkas ini membantu =)

TIPS KE NEW ZEALAND (CATATAN KETIGA)

Assalamualaikum wbt

Saya kerap menerima email dari rakan-rakan yang melawat blog saya untuk bertanyakan prosedur pemilihan SV dari awal sehingga proses diterima masuk ke universiti - universiti di New Zealand. 


Saya yakin anda telah membaca TIPS KE NEW ZEALAND (catatan pertama) dan TIPS KE NEW ZEALAND (catatan kedua). Jika belum, elok baca dulu di link berikut :
http://nurazfahaniahmad.blogspot.co.nz/2011/04/tips-ke-new-zealand.html dan http://nurazfahaniahmad.blogspot.co.nz/2011/04/tips-ke-new-zealand-catatan-kedua.html

Atas permintaan yang tinggi, saya kongsikan sedikit tips serta pengalaman saya sewaktu mula-mula berhajat menyambung PhD di luar negara. Untuk makluman, saya melalui 'ranjau' selama setahun (2009 - 2010) untuk menyiapkan segala prosedur berkaitan dengan permohonan PhD ini. Pada masa ini, memang agak kepenatan sebab kita juga terpaksa menghadapi bebanan tugas mengajar dan penyelidikan. Jadi, seeloknya mohon Tuan/Puan berada di tahap mental positif setinggi mungkin.

Kemungkinan besar, tips yang saya sediakan ini hanya bersesuaian untuk mereka yang berhajat menyambung pengajian di New Zealand/ Australia sahaja. Pastinya, lain universiti lain prosedurnya.


Berikut, saya ringkaskan "step-by-step prosedur" (mengikut pengalaman saya):-

1. Carilah potential SV anda melalui website universiti + sila approach mereka dgn menghantar email. Paling elok, sertakan sekali contoh research proposal, CV dan list of research anda yang pernah anda buat sebelum ini. Bagi mereka impress dgn anda. (Tempoh: 1- 2 minggu - utk cari dan approach)

2. Tunggu respon from SV, jika selepas 2 bulan SV itu tidak membalas, sila move on to another potential SV. Barangkali SV pertama pilihan hati anda sangat sibuk. Jadi, jangan drag masa terlampau pjg. Please move on. (Tempoh: 1 bulan)

3. Panggilan Interview dari penaja dan dapatkan scholarship. Bagi saya pemegang scholar staff KPT/UiTM, perlu melalui beberapa interview. Jadi syarat ini berbeza mengikut penaja anda. (Tempoh: 1 bulan)

4. Telah confirm dapat scholarship apabila menerima black and white (official letter) from the funder. Cth: KPT/Petronas/Univ etc. (Tempoh 2-3 bulan)

5. Ambil IELTS test dan dptkan result. Syarat lulus harus 7.0 dan ke atas (utk PhD) dan 6.5 ke atas (utk Master). Untuk bayaran IELTS, sila lawati link ini: http://www.britishcouncil.org/malaysia-exams-ielts.htm (Tempoh 2-3 minggu)

6. Apply universiti yang anda berminat dgn bantuan agent di Malaysia- sila lihat post terdahulu bagaimana cara menghubungi agent. Sewaktu proses permohonan, agent biasanya akan minta dokumen seperti bukti scholarship +email acceptance SV + result IELTS - untuk memudahkan dan mempercepatkan proses application.

7. Dapat conditional or unconditional offer letter dr Univ. Selalunya agent akan bantu dalam proses ini. (Tempoh: 1 bulan)

8. Medical check-up (Dr Msia yg terlantik oleh NZ Embassy sahaja - list Dr boleh dptkan dari agent) - sila rujuk post terdahulu berkaitan Medical Check-up ( Tempoh: 2 minggu) - sila sediakan wang yang agak banyak, medical checkup ini agak mahal berbanding medical check up biasa.

9. Buat Good Conduct Certificate (Sijil Kelakuan Baik- ambik direct dari Ministry of Affairs, Putrajaya) (Tempoh 1 hari sahaja jika ambil by-hand)

10. Visa application - guna bantuan agent  (Keputusan: Between 2 weeks - 6 months) Bergantung pada health condition pada medical check up dan syarat kewangan/ financial support. Jadi pastikan syarat-syarat ini dipatuhi.

11. Dapat visa, sudah boleh book flight ticket to NZ

* selagi belum dapat visa, jgn book ticket flight.

Harap info yang saya kongsikan ini membantu


TIPS KE NEW ZEALAND (CATATAN KEDUA)

CATATAN KEDUA: 
UNTUK MEREKA YANG AKAN MENYAMBUNG PENGAJIAN KE NEW ZEALAND (TERUTAMA SEKALI AUCKLAND )


Ini merupakan catatan kedua saya di bawah tajuk Tips ke New Zealand. Untuk yang pertama kali membaca blog saya ini, sila lihat dahulu catatan terdahulu saya untuk mendapatkan gambaran yang lebih spesifik tentang New Zealand, terutama sekali bagi mereka yang akan menyambung pengajian di Auckland

Barangan Elektrik
Di dalam catatan terdahulu, saya ada mengesyorkan untuk anda membawa rice cooker dan blender. Jadi, perlu diingatkan kepentingan membawa adapter elektrik, kerana plug point NZ sangat berbeza dengan di Malaysia. Bawalah sekurang-kurangnya dua (2). Ini kerana, anda mungkin memerlukan satu adapter untuk barangan elektrik dapur, dan satu lagi diperlukan untuk laptop yang anda bawa dari Malaysia. Saya cadangkan beli seperti di dalam gambar-gambar yang telah saya sertakan di sini. Seelok-eloknya pilihlah universal world adapter-mudah dibawa ke mana-mana.
Mungkin ada yang tertanya bagaimanakah rupa power point and oulet di NZ. Ianya adalah seperti gambar di bawah:-
Jangan lupa juga bawa bersama electrical socket extension dari Malaysia. Boleh digunakan jika anda telah membawa adapter bersama-sama. 
Dan jangan lupa juga untuk para lelaki, sila bawa electrical shaver/gunting elektrik dari Malaysia. Kos memotong rambut di sini agak mahal.


Internet
Internet seumpama nadi bagi pelajar-pelajar PhD. Walaupun kemudahan internet disediakan di universiti dan alhamdulilah, ianya sangat laju, tetapi anda tetap memerlukan pemasangan internet di rumah. Terdapat pelbagai pilihan sebenarnya di New Zealand/Auckland. Samada anda menggunakan landline (sambungan dari telefon rumah dan mendapat internet)-seperti Streamyx TM di Malaysia, atau pun anda memilih untuk menggunakan broadband. Di sini, saya dan suami menggunakan broadband sahaja, atas sebab pihak pengurusan apartment tidak membenarkan pengambilan syarikat landline lain di bangunan mereka - kerana mereka mempunyai kontrak dengan certain syarikat telekomunikasi. Kami tidak berminat kerana capaian yang sering terhenti-henti.


Jadi, kami telah memilih rangkaian broadband dari Woosh. Bagi kami Woosh sangat berpatutan berbanding broad band lain dan ianya juga laju, tetapi kelemahannya adalah apabila penggunaan yang tinggi dari pelajar-pelajar undergrad yang ramai (peak hours), kelajuan woosh sederhana sahaja. Namun begitu, apabila semua pelajar-pelajar undergrad bercuti (semester break), sayalah orang yang paling bahagia-kerana Woosh laju seperti capaian internet di universiti. http://www.woosh.com/broadband-and-phone/uncapped-broadband/uncapped-broadband/ (Maka catatan di blog ini pun terhasil!- Atas sebab capaian internet sedang laju.)

Untuk mereka yang berminat untuk membawa router wifi sendiri dari Malaysia, amat-amat dialukan. Highly recommended! Kerana walaupun ianya disediakan oleh syarikat internet disini, harga pakej mungkin akan jadi lebih mahal. Keputusan suami untuk membawa router wifi sendiri dari Malaysia adalah tepat, kerana ianya telah sedikit sebanyak mengurangkan kos internet installation kami. Apa yang penting, anda tahu setting sendiri. Jika anda seperti saya yang tidak tahu satu apa pun berkaitan setting internet ini, tidak perlulah bawa. Minta sahaja syarikat telekomunikasi sediakan segala-galanya untuk anda. Saya bernasib baik kerana suami mahir di dalam selok belok komputer ini.

Anda juga boleh menggunakan syarikat telekomunikasi lain seperti Vodafone, Orcon, O2 dan macam-macam lagi. Yang penting rajin survey pakej-pakej mereka di website rasmi. Setakat ini, Vodafone menawarkan pakej internet menarik dan berbaloi. http://customerzone.vodafone.co.nz/residential/homeplan/internet/index.cfm

Pekerjaan Tetap/Sampingan/Penjagaan Anak [Day care]
Realitinya, mencari pekerjaan di NZ adalah lebih sukar dari mencari pekerjaan di UK dahulu. Di UK, kerja sampingan mudah didapati. Di sini, mereka agak cerewet dan sangat mementingkan warga tempatan iaitu masyarakat Kiwi itu sendiri. Saya tidak sama sekali menggalakkan pelajar-pelajar PhD mencari pekerjaan sampingan, kerana perlu ditegaskan matlamat utama kita di sini adalah membawa pulang PhD. Jadi catatan ini, lebih ditujukan kepada pasangan pelajar-pelajar PhD samada isteri/suami. 

Kebanyakan yang bekerja disini adalah para suami-suami yang mana isteri mereka menyambung pelajaran PhD (seperti saya). Manakala kaum-kaum ibu, lebih selesa untuk tinggal di rumah dan menjaga anak-anak kerana kos day care di sini agak mahal! (Untuk anak yang berusia 3 tahun ke atas, kos day care adalah $90 seminggu, manakala untuk anak yang berusia 3 tahun ke bawah-lebih mahal lagi! Maaf saya tak ingat-tetapi melebihi $200-jika tidak silap saya). Jadi, lebih baik kaum ibu menjaga anak-anak mereka sendiri. 

Ok, berbalik kepada isu pekerjaan. Asalkan anda tidak memilih pekerjaan, anda boleh bekerja apa-apa pun. Anda boleh melayari laman web ini untuk mencari pekerjaan. http://www.seek.co.nz/
Alhamdullilah, selepas 3 bulan suami saya menghadiri pelbagai temuduga, beliau memperolehi pekerjaan bersesuaian dengan kelulusan beliau. Jadi, untuk mereka yang mempunyai kelulusan kejuruteraan/bangunan (awam, QS, elektrik, mekanikal) - peluang untuk mendapat pekerjaan yang bersangkutan dengan bidang anda amat cerah. Walaupun bukan bertaraf Engineer, sekurang-kurangnya masih bersangkut-paut dengan bidang anda dan ini akan memberikan anda sedikit kelebihan pengalaman sebaik sahaja pulang ke Malaysia. Rata-rata bayaran minimum di sini (minimum wages) adalah $11/jam. Jadi boleh hitung sendiri jika anda bekerja 8 jam sehari x 7 hari(seminggu)-lumayan bukan?

Namun begitu, perkara wajib yang perlu anda ada untuk mendapatkan pekerjaan profesional di sini adalah:-
(i)  Working Visa 
(ii) Driving Licence (International)-buat di Malaysia siap-siap! - lebih baik Driving Licence NZ - tetapi sangat mahal (Kos $400 untuk menduduki ujian memandu)
(iii) No IRD (NZ Inland Revenue) -lebih baik apply ini, sebelum memohon mana-mana pekerjaan. [Wajib ada!]  http://www.ird.govt.nz/
(iv) Semua kelulusan (sijil-sijil bawa semua dari Malaysia)

Bagi yang berminat untuk mencari pekerjaan sampingan sahaja, seperti bekerja di kedai, hotel dan lain-lain lagi, cukuplah sekadar ada item (i) dan item (iii). Tetapi, kadangkala untuk hotel-hotel 5 bintang, item (iv) juga diperlukan.

Tips Temuduga (dari suami)
Walau sekecil manapun jawatan yang anda pohon dan dipanggil temuduga, sentiasa berpakaian kemas (berkolar). Masyarakat Kiwi tidak mempunyai masalah jika English anda kurang mantap, mereka memandang pengalaman dan kematangan. Cuba sedaya-upaya untuk menerangkan pengalaman kerja anda di Malaysia dan menonjolkan kemahiran yang anda ada, bagi membuatkan penemuduga impressed. Sewaktu ditemuduga, mereka amat jarang melihat resume yang disertakan, jadi komunikasi anda penting untuk menerangkan apa yang pernah anda buat di Malaysia.

Pengeposan Barang-barang
Jika anda mempunyai barang-barang yang melebihi 20kg (syarat yang dibenarkan MAS), anda mungkin boleh membuat alternatif yang pernah saya buat ini. Sekurang-kurangnya 2 bulan sebelum berangkat, pastikan anda mengepos keperluan yang anda rasakan penting seperti buku dan printer yang dibalut kemas ke alamat di NZ. Jadi, pastikan anda tahu alamat di NZ (samada rumah sewa baru anda yang telah confirm atau rumah rakan-rakan PhD baru di NZ). Pada kebiasaanya, pos melalui kapal akan tiba di dalam tempoh 2 bulan dan harganya lebih murah dari pos melalui airline. Pastikan barangan anda dibalut dengan plastik bagi mengelakkan ianya basah atau rosak sewaktu di dalam perjalanan. Ada pihak-pihak di Pos Malaysia yang memberikan pelbagai alasan yang pelik dan kelakar (mengikut pengalaman cerita rakan-rakan di sini), hakikatnya barang-barang makanan MEMANG boleh dipost. Tiada masalah! Setakat ini, saya telah mendapat 4 kiriman bungkusan kotak dari famili di Malaysia. So, jangan risau. Pos sahaja! Syaratnya-pastikan ada ingredients in English. Dan tiada barangan pelik seperti mercun dan barangan merbahaya. Saya tahu anda cukup bijak. =)
Jika ada pihak yang berkata tidak boleh, sila ke cawangan pos yang lain. Dan anda akan kagum, mereka menerimanya dengan baik tanpa sebarang masalah.

Kad GRADS for Student (by Malaysia Airline)
Ramai yang tidak tahu kelebihan dan kewujudan kad ini, saya bersyukur mempunyai saudara-mara yang bekerja di MAS dan mereka mencadangkan kad ini kepada saya sebelum saya bertolak ke New Zealand. Kad ini memberikan kita kelebihan sebagai pelajar untuk memperolehi akses baggage  sebanyak 10 kg tambahan lagi. Anda boleh apply kad ini di MAS, KL Sentral. Ianya valid setahun dan anda perlu renew kad tersebut.  http://www.money4invest.com/apply-malaysia-airlines-grads-card-to-enjoy-discounted-airfares/




Tamat Catatan Ke-2.
Terima Kasih


* SILA LIHAT JUGA TIPS KE NEW ZEALAND (CATATAN PERTAMA DAN CATATAN KETIGA)











TIPS KE NEW ZEALAND (CATATAN PERTAMA)

CATATAN UNTUK MEREKA YANG AKAN MENYAMBUNG PENGAJIAN KE NEW ZEALAND (TERUTAMA SEKALI AUCKLAND )

Saya kerap mendapat soalan-soalan dari para pelawat blog saya tentang bagaimana proses mendapat visa dan sebagainya dari mereka yang akan menyambung pelajaran di sini. Jadi untuk catatan kali ini, saya akan lari sedikit dari topik akademik dan research saya. Saya merasakan perlunya catatan ini dibuat bagi memudahkan mereka mengetahui selok-belok kehidupan di bumi Kiwi. Sedikit sebanyak tips yang diberikan ini, akan membantu mereka untuk datang belajar atau bekerja di New Zealand. Namun begitu, catatan saya ini banyak memfokuskan kepada mereka yang akan menyambung pelajaran di peringkat Postgraduate (Master and PhD).

Universiti:
Terdapat 4 universiti di Auckland, tetapi pada pandangan saya hanya 3 universiti yang mendapat recognition dari Kerajaan Malaysia. Maafkan saya jika tersilap. Tetapi tidak pernah saya mendengar pelajar-pelajar Malaysia belajar di universiti yang ke -4 ter-bawah.
(a) The University of Auckland (UoA) http://www.auckland.ac.nz/uoa/
(b) Auckland University of Technology (AUT) http://www.aut.ac.nz/
(c) Massey University (Cawangan) http://www.massey.ac.nz/
(d) Unitec Institute of Technology http://www.unitec.ac.nz/

Jika anda berhajat untuk bekerja di NZ selepas tamat pengajian di NZ dan merupakan pelajar self-sponsored, saya rasa tiada masalah untuk menyambung pelajaran di Unitec. Ianya diikhtiraf Kerajaan NZ dan terdapat pelbagai course seperti di universiti-universiti yang lain. Cuma, bagi mereka yang memegang biasiswa Kerajaan Malaysia - JPA, MARA, KPT, Universiti (seperti saya), sebaik-baiknya pilihlah 3 universiti teratas yang telah saya nyatakan.

Universiti (a) dan Universiti (b) terletak di tengah-tengah Auckland City. Namun begitu terdapat juga kampus-kampus di luar kota, jadi anda harus melayari website rasmi mereka untuk melihat di mana kedudukan kampus anda kelak. Manakala untuk Universiti (c), kampus utama mereka terletak di Palmerston North (agak jauh dari Auckland) http://www.pncc.govt.nz/ , dan di Auckland, universiti ini hanyalah merupakan kampus cawangan sahaja.

Bandar Auckland:
Auckland merupakan bandar di persisiran pantai dan sebenarnya terbahagi kepada beberapa zon/district yang besar, dan penempatan pelajar-pelajar Malaysia banyak didapati di:-

(a) Auckland City http://www.aucklandcity.govt.nz/ - Urban area, betul-betul di tengah bandar dan berhampiran dengan universiti dan segala city life. Sangat sesuai untuk individu, pasangan yang belum mempunyai cahaya mata atau seorang/dua yang masih kecil. Sewa rumah agak tinggi. Kebanyakan pelajar menyewa apartment (studio, 1-2 bedroom)

(b) Mount Area (Mt Wellington, Mt Albert, Mt Eden, Mt Roskill, Sandringham Road etc) http://www.mounteden.co.nz/ , http://www.arc.govt.nz/environment/volcanoes-of-auckland/mt-wellington.cfm- sub-urban, jauh sedikit dan memerlukan pengangkutan untuk ke universiti. Namun begitu, kadar sewa rumah agak rendah berbanding city dan rumah juga agak besar. Sangat sesuai untuk famili yang besar (anak-anak yang bersekolah) dan mereka yang sukakan ketenangan di waktu malam.

(c) North Shore (Albany, Takapuna) http://www.albany.co.nz/- Sub-urban, di seberang laut, perlu merentasi jambatan jika dari city. Kebanyakan adalah pelajar-pelajar AUT dan Massey Univ. Memandangkan terdapatnya kampus AUT dan Massey Univ di sini. Oh Ya! Untuk melihat jambatan yang saya maksudkan, sila lihat link ini. Auckland Harbour Bridge. http://en.wikipedia.org/wiki/Auckland_Harbour_Bridge

Penginapan
Cadangan saya adalah lihat dahulu di mana kampus anda berada, dan bagaimana keadaan kewangan anda dan famili. Kebiasaanya mereka yang berkeluarga besar akan tinggal di Mount Area (lihat link di atas).
Sebaik-baiknya boleh jenguk website ini http://www.trademe.co.nz/property untuk melihat senarai rumah-rumah sewa.
Bagi yang memikirkan mudah untuk ke universiti, Auckland City adalah tempat yang bersesuaian. Kebiasaanya, jalan-jalan yang mempunyai ramai pelajar Malaysia tinggal adalah di Symonds Street, Anzac Avenue, Mount Street (bukan Mount Area ye) dan Beach Road. Kedudukan jalan-jalan ini memang sangat berdekatan dengan universiti. Seperti saya yang menginap berhampiran kawasan Anzac Avenue, perjalanan  ke fakulti kira-kira 10-15 min (jalan saya yang agak santai). Ramai pelajar Malaysia mudah didapati di Apartment - Unilodge, Eden Crescent, Quest on Mount, Whitaker Place, Bldg 96, Railway, Forte, Princeton (termurah), Empire (termurah), The Landings, The Docks.
Kadar sewa di sini juga agak tinggi di mana purata adalah $250 - $380 (seminggu). Jika lebih dari itu, dikira sangat mahal. Di sini, rumah-rumah dibayar mengikut minggu. Bukan bulan. Sebaiknya jika anda akan sampai ke Auckland (dalam tempoh 1-2 bulan), mohon bantuan pihak Malaysia Auckland Postgraduate Student Association (MAPSA) untuk membantu mencari penginapan. Website MAPSA 2012 dan Website MAPSA 2009/2010 Jangan risau, semua pelajar-pelajar Postgrad Auckland sangat baik dan ukhwah kami sangat tinggi!

Makanan Halal
Alhamdullilah, pengalaman belajar di UK (ketika master) dan di sini sedikit sebanyak dapat membantu saya menilai kandungan makanan halal. Makanan halal mudah didapati di Auckland City. Jika anda malas masak, kebab dengan mudah didapati di mana-mana. Setiap bucu jalan, ada sahaja restoran atau kiosk menjual kebab dari bangsa-bangsa Turki, Pakistani dan Arab ini. Restoran India muslim juga banyak.
Namun begitu, harga di sini memang agak mahal (rata-rata kebab didapati $8  ke atas) tetapi bagi saya berbaloi kerana saiz yang besar dan boleh dikongsi dua orang. Terdapat juga pilihan seperti kebab on rice, dan butter chicken on rice (masakan India)-kesimpulannya untuk mereka yang tidak boleh miss nasi, Auckland memang tiada masalah! http://dining.aucklandnz.com/restaurant/2501/Kebabs+On+Queen

Di sini juga terdapat Asian Food Alley, yang berkonsepkan seperti food court di Malaysia, yang mana terdapat Indonesian Food dan Malaysian Food yang halal! Saya dan suami sering ke sini pada hujung minggu, jika saya agak malas memasak. Wardani Indonesian Food adalah pilihan kami yang menyediakan masakan Minang dan Padang. Sedap dan pedas! Manakala terdapat 2 Malaysian Food di sini, tetapi satu tidak halal dan yang halal menjual makanan seperti roti canai, mee, nasi goreng dan sebagainya.  http://www.viewauckland.co.nz/restaurants/food-alley-info-57154.html

Di universiti juga terdapat cafe menjual masakan India muslim. Namun begitu, kebanyakan pelajar Malaysia yang tinggal di sini, memasak adalah medan menunjukkan skil kerana barang-barang segar dengan mudah di dapati di hypermart, supermarket yang berdekatan. Tambahan pula dengan kos sara hidup yang tinggi, sedikit sebanyak, memasak dapat membantu mengurangkan kos.
Pasaraya yang sering menjadi pilihan ialah:-
(i) Countdown http://www.countdown.co.nz/our-stores/store-hours-and-locations   [fresh dan bersih]
(ii) Pak N' Save http://www.paknsave.co.nz/splash.aspx?Region=Auckland   [termurah!]
(iii) FoodTown http://www.foodtown.co.nz/  [fresh dan bersih]
(iv) New World http://www.newworld.co.nz/  [agak mahal]

The great news is-- ada 2 asian supermarket di Auckland, bermakna segala jenis beras, sos cili Malaysia, Indonesia, kicap-kicap, milo dengan mudah boleh didapati. Saya kurang pasti siapakah pemiliknya, tetapi besar kemungkinan adalah orang Hong Kong atau Taiwan. Jadi, Ba Alif Ba Ya juga dijual. Tetapi tiada masalah, kerana section berbeza.
(i) Tai Ping Asian Market http://www.taiping8.co.nz/sp.aspx?p=home
(ii) Lim Chour Asian Market http://yellow.co.nz/companies/Supermarkets/Lim-Chhour-Supermarket/101923532_1568.html

Dan untuk mencari kedai menjual daging-daging halal, alhamdullilah, walaupun agak jauh dari City, ianya mudah didapati. Kedai-kedai ini milik sepenuhnya orang-orang Islam berbangsa Pakistan, Arab, Fiji dan India. Mereka juga menjual rempah-rempah kari, serbuk-serbuk cili dan pelbagai lagi rempah yang pastinya segar dan sedap. Terdapat juga convenient store berkonsepkan 7-eleven yang dimiliki sepenuhnya oleh orang Islam, namun faham-fahamlah jika konsep sama dengan 7-eleven, harganya agak tinggi.
(a) Muhammad's http://www.mohammeds.co.nz/about.htm [main supplier]
(b) Kyber Mount Roskill http://www.finda.co.nz/business/listing/3y2n/khyber-foods-spices-ltd/
(c) Indian Species, Anzac Avenue [website tidak dijumpai]
(d) Forte Convenient [konsep seperti 7-eleven, agak mahal, tetapi sgt dekat dgn universiti ] http://www.zenbu.co.nz/entry/1124326-forte-convenience

Permohonan VISA dan Medical Check-Up
Ok, jika bercakap pasal permohonan VISA ini, lain orang lain pengalamannya. Ada yang menemui jalan kesukaran/kebuntuan dan ada yg smooth. Pengalaman saya alhamdullilah, dalam tempoh 2 minggu, semua visa student (saya) dan working visa (suami) siap dengan baik. Alhamdullilah! Thanks to our agent Mr Kiat from JMECC. Jadi ini bukan nak promo, tapi JMECC is highly recommended untuk anda yang akan ke New Zealand.http://jmeducationgroup.com/ 
Saya menggunakan khidmat JMECC Zon Utara (Penang) memandangkan saya bekerja di UiTM Perak. Kena ingat ya, di Malaysia tiada NZ Embassy, paling dekat pun di Singapura sahaja. So, better untuk permohonan Visa, gunakan khidmat agent dari awal! Saya tegaskan di sini even dari awal anda memohon program apa di university. Gunakan khidmat agent. Free of Charge! Sebab, agent ini akan dibayar oleh pihak universiti kerana berjaya mencarikan pelajar untuk mereka. Bukankah bagus..So, anda tidak perlu runsing-runsingkan kepala. Anda hanya perlu sediakan kos pembuatan Visa dan kos pengeposan. Harga visa lebih kurang SGD 490 (untuk 1 student visa+1 working visa). * harga pada tahun 2010-2013.
Kenapa Singapore Dollar, sebab dokumen-dokumen kita ini akan dihantar terus ke NZ Embassy di Singapore. JMECC akan sediakan setiap satu borang, anda perlu isi sebaik mungkin beserta requirements seperti medical check-up dan Sijil Akaun Baik (perlu memohon dr Ministry of Foreign Affairs, Putrajaya).

Anda juga boleh menggunakan agent lain seperti SELSET. Sila google sendiri ye.

Tips untuk medical check-up.
Memandangkan hanya Doktor panel terlantik NZ Embassy sahaja yang akan dibenarkan membuat medical check-up anda, dapatkan semua senarai Doktor di Malaysia melalui JMECC. Mereka akan memberikan list ini. Seminggu sebelum anda membuat medical check-up, jaga semua pemakanan anda dan banyak minum air kosong. Sebaik-baiknya berpuasa. Ini untuk menurunkan paras kolestrol dan gula anda. Tips ini penting kerana medical check-up untuk ke NZ adalah sangat-sangat rumit dan cerewet. Jika anda tidak berjaya melepasi beberapa syarat, kemungkinan untuk anda tidak mendapat visa atau visa anda dipendekkan tempoh akan berlaku. Ini terjadi kepada seorang sahabat saya yang tidak mendapat Visa penuh (3 tahun), tetapi hanya untuk tempoh 1 tahun setengah. Ini mendatangkan masalah di Auckland kerana sahabat saya terpaksa membuat semula visa tersebut sebaik shj tempoh itu tamat. Ada yang terpaksa mengulang medical check-up sebanyak 2-3 kali (yang pasti costly!), untuk mendapat bacaan yang baik. Saya mencuba tips ini dan alhamdullilah, kami suami isteri melepasi medical check-up. Terima Kasih pada seorang kakak yang memberikan tips berguna ini.

Tips untuk Sijil Akaun Baik
Sijil Akaun Baik (Good Conduct Certificate) adalah syarat wajib NZ Embassy untuk meluluskan permohonan visa kita. Ini untuk melihat samada kita mempunyai sebarang rekod jenayah atau sebaliknya. Sebaik-baiknya walau di mana anda berada, ambil sedikit masa untuk pergi sendiri ke Putrajaya, Ministry of Foreign Affairs untuk membuat Sijil Akaun Baik ini. Saya pergi sendiri ke sini dan dalam masa setengah hari, saya mendapat Sijil Akaun Baik ini. Kosnya hanya RM10-RM20 sekeping. Ada rakan yang membuat melalui pengeposan, mengambil masa 2 minggu! Bukankah itu telah membuang masa.

*Makluman terkini: Urusan sijil ini kini perlu dimohon secara online terlebih dahulu melalui portal rasmi mereka.

Membawa barangan di dalam bagasi
Perkara paling wajib untuk saya cadangkan adalah bawa rice cooker dan blender anda sendiri dari Malaysia. Ini sangat-sangat berguna kerana, rice cooker agak mahal dan lain sedikit dari rice cooker di Malaysia. Begitu juga dengan blender. Elakkan membawa makanan basah/segar dan jangan bawa susu (putih yang berunsur seperti rupa dadah)-Ditakuti lama ditahan semasa pemeriksaan. Namun ada rakan yang terselamat tanpa diperiksa. Itu semua bergantung pada rezeki. Bagi saya, precautions adalah lebih baik. Kastam NZ sangat tegas dalam hal ini, dan sebaik-baiknya semua barang makanan di letakkan di dalam 1 beg khusus dan siap dengan senarai ingredients (in English), especially keropok dan ikan bilis (berplastik dan kering)-asingkan dari beg pakaian. Ini memudahkan kerja-kerja mereka memeriksa. Semua rempah-rempah kari, serbuk-serbuk, pastikan mudah dibaca-ingredients. Sewaktu di dalam kapal terbang, anda akan diberi sehelai borang clarification barang-barang yang anda bawa. Sila tulis dengan jujur dan nyatakan semua barang yang anda bawa. Jangan sorok satu pun. Penalti akan dikenakan jika berbohong atau menyembunyikan apa-apa. Ubat-ubatan boleh dibawa dengan syarat, bawa bersama surat Doktor yang ditulis di dalam English. Ini kerana ubat-ubatan di NZ, sangatlah mahal.

Sebaik-baiknya untuk memulakan kehidupan baru bawa sepasang kasut sneakers (kerana disini anda akan kerap berjalan kaki berbanding di Malaysia), sehelai jaket ringan yang sesuai dipakai (cuaca di NZ tidak menentu-kadangkala sejuk-sesejuknya, esoknya cerah dan panas!), beg galas belakang, ubat-ubatan (minyak gamat, minyak cap kapak, plaster, ubat yoko-yoko, panadol), peralatan tulis yang mencukupi dari Malaysia (di sini agak mahal). Maggi tak perlu bawa-disini ada banyak Maggi, Brand Mee Sedap pun ada! (Asian food Market), Al-Quran, buku-buku doa, Surah Yasin, CD Al-Quran, Sejadah, Kopiah, Telekung (untuk yang beragama Islam), stokin yang banyak dan keperluan belajar (laptop, mouse, cd kosong banyak, pen drive, removable hard disk, kalkulator-beli siap2! Sini mahal!).

Bangsa / kaum di New Zealand
Rata-ratanya adalah masyarakat NZ (Kiwi dan Maori). Anda akan kagum sebaik sahaja tiba di NZ, melihatkan orang-orang Maori seperti orang Melayu! Susuk tubuh mereka mungkin agak lebih besar dan tegap, tetapi rupa dan warna kulit seperti orang Melayu. Bahasa yang digunakan mereka adalah English dan Maori. Bahasa Maori agak unik. Dari masa ke semasa, anda akan mendengar sendiri bahasa native mereka ini. Orang asal NZ adalah peramah dan mudah mesra, especially orang Maori. Mereka akan seronok jika kita berpeluang menegur mereka dengan ramah dan sopan. Tetapi jika anda menegur dan mereka seolah-olah seperti sombong, kemungkinan besar itu bukanlah org pure New Zealanders. Mungkin orang-orang dari benua Eropah. Selain daripada itu, anda akan terperanjat melihat betapa ramainya bangsa Jepun dan Korea di Auckland City. Rata-rata adalah pelajar-pelajar International dan yang telah bertukar kerakyatan. Sangat ramai! Terutama sekali di kawasan universiti (Symonds St) atau di tengah-tengah bandar (Queen St), bahasa Jepun dan Korea mudah didengari.

Keindahan New Zealand
Tidak mudah digambarkan dengan kata-kata. Jika anda penggemar alam semulajadi, dan jika anda gilakan fotografi dan aktiviti lasak-New Zealand lah tempatnya! Saya bercakap dari konteks saya pernah melihat keindahan UK dan Paris, bagi saya New Zealand adalah tercantik! Setiap tempat yang saya lawati, kalimah SubhanAllah sentiasa terlepas dari bibir. Kerana sememangnya New Zealand sangat cantik dan sangat aman.


Setakat ini coretan saya-yang saya rasakan penting-sementara teringat..
Jika ada persoalan, feel free to ask.
Terima Kasih


* Sila lihat juga TIPS KE NEW ZEALAND (CATATAN KEDUA DAN CATATAN KETIGA)
=)