An Associate Professor for Building Surveying Department, College of Built Environment (Formerly known as the Faculty of Architecture, Planning and Surveying), Mara University of Technology (UiTM)Perak Branch, Malaysia
Title: "Menjamin Keselamatan Warga Sekolah"
Sedikit kupasan berkaitan kecacatan bangunan dan betapa pentingnya penyenggaraan bangunan secara berkala diperlukan di sekolah-sekolah di Malaysia
The link : http://www.utusan.com.my/rencana/utama/menjamin-keselamatan-warga-sekolah-1.201415
Alternatif harga bahan api petrol
Kesan penilaian alam sekitar patut dipatuhi
(seperti yang diterbitkan di akhbar Utusan Malaysia, tarikh 10 Disember 2008, m/s 10, bahagian Rencana)
PADA 1993, Malaysia digemparkan dengan tragedi menyayat hati di mana berlakunya insiden yang mengorbankan 48 nyawa di runtuhan bangunan kondominium di Highland Towers. Puncanya adalah pergerakan tanah di lereng bukit yang menyebabkan berlakunya tanah runtuh dan menumbangkan bangunan kondominium di kawasan tersebut. Hari ini, kejadian yang sama berulang kembali. Ironinya di sini, lokasi kejadian hanyalah 1.5 km dari lokasi runtuhnya kondominium Highland Towers dahulu. Persoalannya di sini, mengapakah episod yang menyayatkan hati itu berulang kembali?
Seperti sedia maklum, iklim Khatulistiwa yang dialami oleh negara tropika seperti Malaysia, merupakan iklim yang mempunyai taburan hujan tahunan yang tinggi terutama sekali pada musim-musim tengkujuh iaitu di sekitar bulan November dan Disember. Ini secara tidak langsung akan menyebabkan berlakunya tahap kelembapan relatif yang tinggi, justeru turut mempengaruhi tahap kelembapan tanah, kekuatan struktur tanah, keseimbangan kandungan bendalir di dalam tanah dan pelbagai lagi perkara yang berkaitan.
Namun begitu, kita bertuah kerana Malaysia dikelilingi Hutan Hujan Khatulistiwa yang padat memenuhi Banjaran Titiwangsa dengan daunnya yang lebar serta berakar tunjang, sekali gus mampu menampung dan menerima taburan hujan yang lebat dan bertindak sebagai pemangkin kepada tanah.
Namun begitu, apabila pembangunan semakin dituntut, kebanyakan pemangkin tanah ini terpaksa ditebang untuk memenuhi tuntutan arus permodenan. Bermula dari faktor inilah, maka bencana-bencana alam seperti banjir kilat dan tanah runtuh semakin kerap terjadi.
Dalam merungkaikan permasalahan ini, pelbagai persoalan telah timbul. Haruskah pembangunan dihentikan? Siapakah yang harus dipertanggungjawabkan dalam situasi ini?
Melihat kepada sejarah pembangunan di Malaysia, didapati 35 - 40 peratus pembangunan diadakan di kawasan-kawasan tanah tinggi dan lereng-lereng bukit yang memerlukan bukit-bukit ditarah, dibersihkan ataupun diratakan untuk memberi laluan kepada proses pembangunan. Ada di antaranya bersifat komersial seperti pembinaan resort-resort percutian, ada yang bertujuan untuk memenuhi kehendak prasarana awam dan ada juga projek-projek hakmilik persendirian.
Kelulusan
Namun begitu, semuanya perlu melalui proses kelulusan dan pematuhan dasar yang sama mengikut keperluan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Menurut Garis Panduan Pembangunan Tanah Tinggi 2002 dan 2005, aktiviti-aktiviti pembangunan bagi kawasan kediaman adalah dilarang sama sekali didirikan pada kawasan yang merangkumi 300 meter ke atas ataupun berkecerunan 35 darjah.
Ini sekali gus menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam menangani masalah-masalah ini dari berlaku. Namun begitu, masih terdapat segelintir pihak pemaju yang begitu tegar dan sanggup melanggar garis panduan ini demi mencapai keuntungan wang ringgit.
Dalam melaksanakan dasar-dasar kerajaan, PBT seharusnya bersifat lebih tegas dalam memastikan pihak-pihak pemaju mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Antara pra syarat pembangunan yang seharusnya diperketatkan adalah pelaksanaan Kajian Kesan Penilaian Alam Sekitar (EIA) dan Kajian Feasibiliti sebelum mana-mana projek boleh diteruskan.
Pematuhan perkara ini amat penting, kerana melalui kajian ini sahajalah penilaian bagi kesan pembangunan jangka panjang terhadap alam sekitar boleh diperhalusi dan pelbagai langkah pencegahan boleh diutarakan melalui kajian yang dinamik.
Ini selaras dengan kehendak kerajaan yang ingin memelihara alam sekitar seterusnya mencapai kestabilan rantaian flora dan fauna.
PBT juga seharusnya memastikan laporan hasil penilaian alam sekitar ini dipantau sepenuhnya oleh pihak-pihak profesional yang terdiri daripada jurutera, juruukur bangunan, arkitek dan profesion lain yang berkaitan bagi memastikan laporan yang dihasilkan adalah meliputi pelbagai tuntutan Proses Sebelum Bina.
Pihak pemaju seharusnya ditapis melalui saluran yang betul, dinilai dan dikaji melalui keputusan laporan EIA yang dihasilkan dengan melalui prosedur-prosedur yang ketat.
Proses pembangunan tanah di lereng-lereng bukit seharusnya melalui fasa penyiasatan tanah dan impak struktur yang dikoordinasikan oleh jurutera bertauliah. Bagi fasa cadangan penyelenggaraan fasiliti secara berkala dan kemudahan prasarana pembangunan, ia seharusnya diselia oleh juruukur bangunan bertauliah, manakala fasa kehendak dan keperluan reka bentuk dipantau sepenuhnya oleh arkitek bertauliah.
Cadangan-cadangan awalan bagi mengelakkan tanah runtuh seperti penanaman tumbuh-tumbuhan litup bumi, pembinaan tembok penahan atau pengaplikasian sistem pengaliran air yang efektif bukan sekadar menghiasi kertas kerja cadangan projek tetapi seharusnya benar-benar dilaksanakan.
Sistem teknologi moden seperti pengesanan pergerakan tanah melalui sistem gelombang atau radar harus dipantau secara berkala, bagi mengesan pergerakan tanah yang aktif terutama sekali menjelang musim hujan.
Gabungan tenaga kerja antara pihak pemaju, Jabatan Alam Sekitar (JAS), JKR, IKRAM dan profesion-profesion ini penting bagi menjamin bangunan yang dibina adalah selamat diduduki dan kejadian tanah runtuh ini tidak akan berlaku lagi.
Walaupun Malaysia tidak termasuk dalam lingkaran gunung berapi atau gempa bumi, impak di atas kejadian tanah runtuh turut meragut banyak nyawa dan menjejaskan aset pembangunan negara.
Negara-negara yang sinonim dengan bencana-bencana alam seperti gempa bumi, sentiasa menyediakan pelan pembinaan yang amat menitik-beratkan kajian EIA. Antara yang sesuai dijadikan rujukan ialah Jepun yang terkenal dengan dasar-dasar kelulusan yang ketat semasa Proses Sebelum Bina. Kerajaan seharusnya peka dalam menangani permasalahan ini dengan melihat pelaksanaan-pelaksanaan dasar dari pelbagai negara maju.
Yang pasti, pendekatan dan pelaksanaan dasar yang sistematik perlu diaplikasikan dalam menangani permasalahan ini. Tindakan PBT haruslah tegas agar tidak dilabelkan 'seperti melepaskan batuk di tepi tangga', kerana kita semestinya tidak mahu tragedi ini berulang kembali.
ATASI BANGUNAN 'CACAT'
Lihatlah senario yang terjadi kini. Tidak dinafikan, rancangan pembangunan kerajaan di dua zon yang berbeza, Putrajaya dan Jalan Duta perlu melalui tatacara kerja yang sangat kompleks dan teratur. Bangunan-bangunan kerajaan di dua zon ini dibina dengan penuh sentimen senibina yang indah. Namun begitu, wujudkah usaha-usaha untuk mengekalkan kesempurnaan ini sehingga bangunan dapat bertahan beratus tahun lamanya?
Bangunan-bangunan Kompleks Mahkamah di Jalan Duta, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya, dewan di Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi manakala yang terkini bilik persidangan Stadium Putra, Bukit Jalil belum pun mencapai usia 50 tahun, tetapi telah mengalami beberapa kecacatan yang begitu ketara sehingga merunsingkan Perdana Menteri kita.
Kecacatan pada amnya boleh dibahagikan kepada dua, bersifat sementara dan bersifat kekal. Bersifat sementara biasanya meliputi kerosakan-kerosakan kecil sahaja dan tidak akan membahayakan nyawa. Yang perlu digusari adalah kecacatan bersifat kekal yang mana biasanya melibatkan struktur utama bangunan dan boleh mengancam nyawa. Keretakan-keretakan yang pada mulanya kecil, apabila dibiarkan akan menjadi besar dan seterusnya boleh meruntuhkan sesuatu struktur tersebut. Inilah yang terjadi dalam situasi bangunan-bangunan kerajaan di
Bayangkan bagaimana bangunan Menara Jam “Big Ben” di tengah-tengah
Kita perlu memahami bahawa mencegah itu adalah lebih baik. Di sinilah pentingnya usaha-usaha untuk menyelenggara dan menyenggara. Kerja-kerja penyelenggaraan membawa kepada definisi menguruskan dan mentadbir bangunan berkaitan. Ini meliputi penyediaan jadual secara berkala; harian, mingguan, bulanan dan tahunan. Manakala, kerja-kerja senggaraan menjurus kepada membaiki kerosakan itu. Pentingnya kedua-dua konsep kerja ini diadaptasi supaya bangunan-bangunan kerajaan di
Kebanyakan negara-negara maju di Benua Eropah,
Di Malaysia, konsepnya lebih menjurus kepada penyenggaraan semata-mata, yang mana lebih memfokuskan kepada usaha-usaha membaiki apabila kerosakan berlaku sahaja. Pihak-pihak yang dilantik pula lebih menjurus kepada profesional yang hanya mendalami satu skop kerja sahaja, samada kerja-kerja awam, mekanikal mahupun elektrikal.
Jika usaha-usaha ini tidak ditangani dengan baik, percayalah bahawa akan berlaku lagi masalah-masalah kecacatan bangunan di masa-masa akan datang. Adalah sewajarnya perancangan secara berjadual diwajibkan untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan senggaraan di semua bangunan-bangunan kerajaan di
Ditulis dan dikirim oleh:
NUR AZFAHANI AHMAD
Pensyarah Jabatan Ukur Bangunan
UiTM Perak