Powered By Blogger

My new broadband..Alhamdullilah..

3hb Nov 2010

Dah biasa di Malaysia mempunyai line streamyx sendiri di rumah, jadi apabila menjejakkan kaki di bumi Auckland ini, jadi kekok dan seperti tiada perkembangan dunia luar apabila tidak mempunyai internet sendiri di rumah walaupun baru 4 hari menjejakkan kaki di sini..
Akhirnya, aku nekad, mencari broadband yang dikenali sebagai Woosh sendiri untuk rumahku. Menaiki bas ke satu destinasi asing yang dikenali sebagai NewMarket. Atas tunjuk ajar seorang adik PhD di sini. Berjalan kaki sedikit dari hentian bas, menuju ke belakang bangunan Warehouse, terus berjumpa ibu pejabat Woosh.
Hilang penat berjalan apabila disapa mesra oleh Receptionist Woosh.

Alhamdullilah, di New Zealand untuk mencari talian internet atau broadband sendiri untuk rumah tiada masalah. Prosesnya mudah. Janji ada akaun bank sendiri kerana mereka akan membuat potongan bil direct-debit dari akaun bank kiwi ku. Bukan tiada talian internet di work station ku di Uni, tetapi kemudahan di rumah, perlu juga.. 
Yang lebih menggembirakan, apabila suamiku membawa router wifi kami sendiri dari Malaysia. Sudah 'save-budget' di situ dari mengambil router wifi Woosh yang sudah tentunya memerlukan wang yang lagi lebih. Barangan buatan China, of-course mana-mana tempat di seluruh dunia boleh digunakan. =) Terima kasih Low Yat, KL!!


Tetapi broadband di New Zealand ini agak 'old-skoll' sedikit berbanding di Malaysia yang memang lebih high-tech. Jika di Malaysia, broadband kita hanya seperti pen drive, tetapi di sini, saiznya agak besar seperti modem internet TM di Malaysia. Tidak kisahlah, janji ada dan boleh ku melayari FB kegemaranku..Hehe..


No comments: