TIPS KE NEW ZEALAND (CATATAN KEDUA)

CATATAN KEDUA: 
UNTUK MEREKA YANG AKAN MENYAMBUNG PENGAJIAN KE NEW ZEALAND (TERUTAMA SEKALI AUCKLAND )


Ini merupakan catatan kedua saya di bawah tajuk Tips ke New Zealand. Untuk yang pertama kali membaca blog saya ini, sila lihat dahulu catatan terdahulu saya untuk mendapatkan gambaran yang lebih spesifik tentang New Zealand, terutama sekali bagi mereka yang akan menyambung pengajian di Auckland

Barangan Elektrik
Di dalam catatan terdahulu, saya ada mengesyorkan untuk anda membawa rice cooker dan blender. Jadi, perlu diingatkan kepentingan membawa adapter elektrik, kerana plug point NZ sangat berbeza dengan di Malaysia. Bawalah sekurang-kurangnya dua (2). Ini kerana, anda mungkin memerlukan satu adapter untuk barangan elektrik dapur, dan satu lagi diperlukan untuk laptop yang anda bawa dari Malaysia. Saya cadangkan beli seperti di dalam gambar-gambar yang telah saya sertakan di sini. Seelok-eloknya pilihlah universal world adapter-mudah dibawa ke mana-mana.
Mungkin ada yang tertanya bagaimanakah rupa power point and oulet di NZ. Ianya adalah seperti gambar di bawah:-
Jangan lupa juga bawa bersama electrical socket extension dari Malaysia. Boleh digunakan jika anda telah membawa adapter bersama-sama. 
Dan jangan lupa juga untuk para lelaki, sila bawa electrical shaver/gunting elektrik dari Malaysia. Kos memotong rambut di sini agak mahal.


Internet
Internet seumpama nadi bagi pelajar-pelajar PhD. Walaupun kemudahan internet disediakan di universiti dan alhamdulilah, ianya sangat laju, tetapi anda tetap memerlukan pemasangan internet di rumah. Terdapat pelbagai pilihan sebenarnya di New Zealand/Auckland. Samada anda menggunakan landline (sambungan dari telefon rumah dan mendapat internet)-seperti Streamyx TM di Malaysia, atau pun anda memilih untuk menggunakan broadband. Di sini, saya dan suami menggunakan broadband sahaja, atas sebab pihak pengurusan apartment tidak membenarkan pengambilan syarikat landline lain di bangunan mereka - kerana mereka mempunyai kontrak dengan certain syarikat telekomunikasi. Kami tidak berminat kerana capaian yang sering terhenti-henti.


Jadi, kami telah memilih rangkaian broadband dari Woosh. Bagi kami Woosh sangat berpatutan berbanding broad band lain dan ianya juga laju, tetapi kelemahannya adalah apabila penggunaan yang tinggi dari pelajar-pelajar undergrad yang ramai (peak hours), kelajuan woosh sederhana sahaja. Namun begitu, apabila semua pelajar-pelajar undergrad bercuti (semester break), sayalah orang yang paling bahagia-kerana Woosh laju seperti capaian internet di universiti. http://www.woosh.com/broadband-and-phone/uncapped-broadband/uncapped-broadband/ (Maka catatan di blog ini pun terhasil!- Atas sebab capaian internet sedang laju.)

Untuk mereka yang berminat untuk membawa router wifi sendiri dari Malaysia, amat-amat dialukan. Highly recommended! Kerana walaupun ianya disediakan oleh syarikat internet disini, harga pakej mungkin akan jadi lebih mahal. Keputusan suami untuk membawa router wifi sendiri dari Malaysia adalah tepat, kerana ianya telah sedikit sebanyak mengurangkan kos internet installation kami. Apa yang penting, anda tahu setting sendiri. Jika anda seperti saya yang tidak tahu satu apa pun berkaitan setting internet ini, tidak perlulah bawa. Minta sahaja syarikat telekomunikasi sediakan segala-galanya untuk anda. Saya bernasib baik kerana suami mahir di dalam selok belok komputer ini.

Anda juga boleh menggunakan syarikat telekomunikasi lain seperti Vodafone, Orcon, O2 dan macam-macam lagi. Yang penting rajin survey pakej-pakej mereka di website rasmi. Setakat ini, Vodafone menawarkan pakej internet menarik dan berbaloi. http://customerzone.vodafone.co.nz/residential/homeplan/internet/index.cfm

Pekerjaan Tetap/Sampingan/Penjagaan Anak [Day care]
Realitinya, mencari pekerjaan di NZ adalah lebih sukar dari mencari pekerjaan di UK dahulu. Di UK, kerja sampingan mudah didapati. Di sini, mereka agak cerewet dan sangat mementingkan warga tempatan iaitu masyarakat Kiwi itu sendiri. Saya tidak sama sekali menggalakkan pelajar-pelajar PhD mencari pekerjaan sampingan, kerana perlu ditegaskan matlamat utama kita di sini adalah membawa pulang PhD. Jadi catatan ini, lebih ditujukan kepada pasangan pelajar-pelajar PhD samada isteri/suami. 

Kebanyakan yang bekerja disini adalah para suami-suami yang mana isteri mereka menyambung pelajaran PhD (seperti saya). Manakala kaum-kaum ibu, lebih selesa untuk tinggal di rumah dan menjaga anak-anak kerana kos day care di sini agak mahal! (Untuk anak yang berusia 3 tahun ke atas, kos day care adalah $90 seminggu, manakala untuk anak yang berusia 3 tahun ke bawah-lebih mahal lagi! Maaf saya tak ingat-tetapi melebihi $200-jika tidak silap saya). Jadi, lebih baik kaum ibu menjaga anak-anak mereka sendiri. 

Ok, berbalik kepada isu pekerjaan. Asalkan anda tidak memilih pekerjaan, anda boleh bekerja apa-apa pun. Anda boleh melayari laman web ini untuk mencari pekerjaan. http://www.seek.co.nz/
Alhamdullilah, selepas 3 bulan suami saya menghadiri pelbagai temuduga, beliau memperolehi pekerjaan bersesuaian dengan kelulusan beliau. Jadi, untuk mereka yang mempunyai kelulusan kejuruteraan/bangunan (awam, QS, elektrik, mekanikal) - peluang untuk mendapat pekerjaan yang bersangkutan dengan bidang anda amat cerah. Walaupun bukan bertaraf Engineer, sekurang-kurangnya masih bersangkut-paut dengan bidang anda dan ini akan memberikan anda sedikit kelebihan pengalaman sebaik sahaja pulang ke Malaysia. Rata-rata bayaran minimum di sini (minimum wages) adalah $11/jam. Jadi boleh hitung sendiri jika anda bekerja 8 jam sehari x 7 hari(seminggu)-lumayan bukan?

Namun begitu, perkara wajib yang perlu anda ada untuk mendapatkan pekerjaan profesional di sini adalah:-
(i)  Working Visa 
(ii) Driving Licence (International)-buat di Malaysia siap-siap! - lebih baik Driving Licence NZ - tetapi sangat mahal (Kos $400 untuk menduduki ujian memandu)
(iii) No IRD (NZ Inland Revenue) -lebih baik apply ini, sebelum memohon mana-mana pekerjaan. [Wajib ada!]  http://www.ird.govt.nz/
(iv) Semua kelulusan (sijil-sijil bawa semua dari Malaysia)

Bagi yang berminat untuk mencari pekerjaan sampingan sahaja, seperti bekerja di kedai, hotel dan lain-lain lagi, cukuplah sekadar ada item (i) dan item (iii). Tetapi, kadangkala untuk hotel-hotel 5 bintang, item (iv) juga diperlukan.

Tips Temuduga (dari suami)
Walau sekecil manapun jawatan yang anda pohon dan dipanggil temuduga, sentiasa berpakaian kemas (berkolar). Masyarakat Kiwi tidak mempunyai masalah jika English anda kurang mantap, mereka memandang pengalaman dan kematangan. Cuba sedaya-upaya untuk menerangkan pengalaman kerja anda di Malaysia dan menonjolkan kemahiran yang anda ada, bagi membuatkan penemuduga impressed. Sewaktu ditemuduga, mereka amat jarang melihat resume yang disertakan, jadi komunikasi anda penting untuk menerangkan apa yang pernah anda buat di Malaysia.

Pengeposan Barang-barang
Jika anda mempunyai barang-barang yang melebihi 20kg (syarat yang dibenarkan MAS), anda mungkin boleh membuat alternatif yang pernah saya buat ini. Sekurang-kurangnya 2 bulan sebelum berangkat, pastikan anda mengepos keperluan yang anda rasakan penting seperti buku dan printer yang dibalut kemas ke alamat di NZ. Jadi, pastikan anda tahu alamat di NZ (samada rumah sewa baru anda yang telah confirm atau rumah rakan-rakan PhD baru di NZ). Pada kebiasaanya, pos melalui kapal akan tiba di dalam tempoh 2 bulan dan harganya lebih murah dari pos melalui airline. Pastikan barangan anda dibalut dengan plastik bagi mengelakkan ianya basah atau rosak sewaktu di dalam perjalanan. Ada pihak-pihak di Pos Malaysia yang memberikan pelbagai alasan yang pelik dan kelakar (mengikut pengalaman cerita rakan-rakan di sini), hakikatnya barang-barang makanan MEMANG boleh dipost. Tiada masalah! Setakat ini, saya telah mendapat 4 kiriman bungkusan kotak dari famili di Malaysia. So, jangan risau. Pos sahaja! Syaratnya-pastikan ada ingredients in English. Dan tiada barangan pelik seperti mercun dan barangan merbahaya. Saya tahu anda cukup bijak. =)
Jika ada pihak yang berkata tidak boleh, sila ke cawangan pos yang lain. Dan anda akan kagum, mereka menerimanya dengan baik tanpa sebarang masalah.

Kad GRADS for Student (by Malaysia Airline)
Ramai yang tidak tahu kelebihan dan kewujudan kad ini, saya bersyukur mempunyai saudara-mara yang bekerja di MAS dan mereka mencadangkan kad ini kepada saya sebelum saya bertolak ke New Zealand. Kad ini memberikan kita kelebihan sebagai pelajar untuk memperolehi akses baggage  sebanyak 10 kg tambahan lagi. Anda boleh apply kad ini di MAS, KL Sentral. Ianya valid setahun dan anda perlu renew kad tersebut.  http://www.money4invest.com/apply-malaysia-airlines-grads-card-to-enjoy-discounted-airfares/




Tamat Catatan Ke-2.
Terima Kasih


* SILA LIHAT JUGA TIPS KE NEW ZEALAND (CATATAN PERTAMA DAN CATATAN KETIGA)











2 comments:

nissa shamiza said...

salam. sesiapa nak ke perth atau NZ contact mahira holiday homes and car rental pty ltd (australia) . i pernah ke perth pakai service diaorg. they have well equipped bungalow dengan semua fasiliti tersedia. memang bagus dan selasa. boleh masak dan ada garden dan tempat bermain untuk anak2.kami pernah menginap di holiday homes mereka. subhannallah mereka sgt baik dan peramah. org islam malaysia yang bermastautin di sana. so baru2 ni we went to south island NZ yg diorganized oleh mereka. Ya Allah sesungguhnya NZ memang antara negara tercantik didunia. mereka buat road trip yang sgt menarik. i pernah tanya dengan travel agent, mereka caj ground arrangement sahaja sudah cecah RM9000+ . tapi pakej 10hari 9 mlm ke NZ memang sgt berbaloi dengan mahira holiday homes. i surely recommend pada my friends and family dan pada sesiapa yg ingin ke perth dan NZ. anak owner ada di KL. 0123360098.

Nur Azfahani said...

Terima kasih for sharing Pn Nissa