Powered By Blogger

ABSTRAK " KAJIAN PERBANDINGAN PENGUDARAAN SILANG DI ANTARA RUMAH TRADISIONAL MELAYU DAN RUMAH MODEN DI MALAYSIA

ABSTRAK
Penyelidik: Sr Nur Azfahani Ahmad, Sr Nazhatulzalkis Jamaludin
Peruntukan: Penyelidikan 'Fundamental Research Grant Scheme (FRGS)', Kementerian Pengajian Tinggi.
Telah dibentangkan dan diterbitkan di dalam prosiding di Seminar Siswazah Alam Bina UiTM-4 Disember 2008)

Krisis keselesaan terma dalam perumahan moden kerapkali timbul kerana kurangnya kepentingan terhadap keperluan rekabentuk yang mementingkan faktor-faktor persekitaran. Bagi negara beriklim tropika yang mengalami panas dan lembap sepanjang tahun, faktor bahangan haba penyumbang utama ketidakselesaan dalam bangunan. Bangunan kediaman perlu berfungsi sebagai medium yang memberikan keselesaan fizikal dan psikologi. Aspek iklim seperti pengudaraan silang merupakan salah satu mekanisme semulajadi yang berkait rapat dengan susunan bukaan pintu dan tingkap dalam bangunan bagi mencapai tahap keselesaan penghuni bangunan. Rumah tradisional Melayu yang kebanyakannya ditemui di kawasan kampung menyediakan ruang dalam kediaman yang serasi dengan persekitaran iklim tropika. Bilangan pintu, tingkap dan bukaan berkerawang yang banyak terdapat pada rumah ini membenarkan udara keluar dan masuk dengan bebas mengeluarkan haba lebihan daripada bangunan berbanding rumah moden. Kajian perbandingan ini dibuat menggunakan peralatan saintifik untuk mendapatkan data di kawasan kajian dan dianalisis menggunakan persamaan matematik yang digunapakai dalam piawaian-piawaian daripada Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam (UBBL) (1984), piawai Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO), piawai ‘Chartered Institution of Building Services Engineers’ (CIBSE) dan juga piawaian ASHRAE.

No comments: