BICARA SENGGARA -JKR

"Suara BS semakin didengari"


Bicara Senggara merupakan sebuah buletin terbitan Jabatan Kerja Raya (JKR)yang dikendalikan oleh Sektor Kejuruteraan Senggara (SKS) di mana sektor ini telah mula beroperasi pada pertengahan tahun 2007 dengan diketuai oleh Pengarah Kanan Sektor iaitu Dato' Ir. Hj. Annies bin Md Ariff.

Sektor ini ditubuhkan untuk proses penambahbaikan sistem pengurusan dan penyenggaran aset-aset negara sediada. Cukup membanggakan di bawah sektor ini terdapat 8 orang Juruukur Bangunan di mana 6 daripadanya adalah merupakan bekas graduan UiTM.

Juruukur Bangunan di bawah Sektor Kejuruteraan Senggara (SKS) ini adalah :-
(i) Razaman bin Udin
(ii) Syamilah bte Yacob
(iii)Christina Edmund
(iv) Maszamri Abdul Gapar
(v) Mohd Jusri Hasim
(vi) Anis Azlina Ahmad Fuad
(vii) Noor Azizi Arifin
(viii) Norizan Mahmud.

Buletin Bicara Senggara edisi Jun 2008 telah membincangkan secara terperinci berkaitan Kepentingan Penyenggaran Bangunan, Konsep dan Prinsip Aset serta Laporan Hasil Pemeriksaan Bangunan di mana semua artikel-artikel ini sememangnya ada dan wujud di dalam silibus pengajaran Jabatan Ukur Bangunan, UiTM.

Syabas BS! Semoga terus gemilang!

3 comments:

zam said...

*pembetulan

6 daripada 8 orang Juruukur Bangunan tersebut adalah graduan UITM.

-maszamri-

Nur Azfahani said...

Thank You For Your comment Sr Maszamri. Telah diperbaiki. Maaf atas kesilapan teknikal.

wan hazwan said...

ada tip ke Puan macam mane nk masuk ke sini...huhuhuhu...