Powered By Blogger

Industrialised Building Systems (IBS)

Pelaksanaan Industrialised Building Systems (IBS)
Pengenalan kepada IBS

(diekstrak dari laman web rasmi JKR www.jkr.gov.my)

Sistem Binaan Berindustri bermaksud satu sistem atau kaedah pembinaan yang mana komponennya dihasilkan di dalam keadaan terkawal (di kilang atau di tapak bina), diangkut dan dipasang dalam kerja pembinaan dengan menggunakan pekerja yang minimum di tapak.

Syarat-syarat Kontrak
Maklumat lanjut mengenai Syarat-Syarat Kontrak IBS:-

1. DASAR - DASAR TENDER
Agensi-agensi perlu memastikan supaya dasar-dasar kerajaan yang sedia wujud dipatuhi sepenuhnya. Antaranya ialah :-

Matlamat serta strategi di bawah Dasar Pembangunan Nasional diberi perhatian;
Dasar Kualiti Alam Sekitar diambil perhatian ;
Dasar Pelaburan Asing dan Pemindahan Teknologi dilaksanakan bagi kontrak antarabangsa ;
Memasukkan dasar keutamaan bumiputera sebagai satu syarat tender dan kontrak. Peluang kontrak diberi kepada kontraktor tempatan dan keutamaan hendaklah diberikan kepada kontraktor bumiputera dengan penglibatan sekurang-kurangnya 30% daripada nilai kontrak serta mengambil bahagian secara aktif dalam sesuatu projek.
2. PERANCANGAN
Agensi-agensi yang ingin melaksanakan sebarang perolehan kerja, perlu terlebih dahulu mengambil kira perkara-perkara berikut :-

Ringkasan Projek. Menyediakan ringkasan projek jika projek baru, dengan memberi butir-butir mengenai tujuan projek dan rekabentuk projek secara am.
Pemilihan Tapak / Pengambilan Balik Tanah. Adalah tanggungjawab agensi pelaksana untuk memilih tapak dan juga mengambil tindakan-tindakan seterusnya untuk pengambilan tanah sebelum projek bermula.
Peruntukan/Pembiayaan. Semua ketua agensi perlu memastikan bahawa agensinya sedia mempunyai peruntukan Belanja Mengurus atau Pembangunan yang diluluskan sebelum sebarang perolehan kerja dibuat.
Perlantikan Kontraktor. Semua perolehan kerja kerajaan hendaklah dibuat dengan melantik kontraktor yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor. Kontraktor yang mengambil bahagian dalam perolehan hendaklah berdaftar mengikut kelas, kepala & sub-kepala yang bertepatan dengan perolehan yang dibuat. Agensi perlu mengenalpasti dan memastikan perolehan yang dikhaskan kepada Kontraktor Bumiputra selaras dengan peraturan berkaitan yang dikeluarkan oleh Perbendaharaan dari semasa ke semasa.
- SPP Bil. 2/1995

3. PENGURUSAN TENDER-TENDER KERAJAAN
3.1.Jabatan-jabatan dikehendaki mengikuti garis-garis panduan yang berikut untuk menggelakkan kelewatan pengurusan tender-tender kerajaan.

Sebelum satu-satu tender itu dijemput, satu carta (jadual) hendaklah diadakan bagi menunjukkan anggaran masa untuk tiap-tiap peringkat dari tarikh tender ditutup hingga keputusan dibuat.
Penilaian tender hendaklah dilakukan dengan segera dan tidak melewati tempoh yang ditetapkan di dalam carta (jadual).
Lembaga Tender hendaklah bersidang dalam tempoh 2 minggu selepas penilaian tender selesai.
Keputusan sesuatu tender itu hendaklah disampikan kepada penender yang berjaya menurut carta (jadual) yang ditetapkan.
Di mana sesuatu tender itu perlu dirujuk kepada Perbendaharaan untuk keputusan, rujukan tersebut hendaklah sampai kepada Perbendaharaan dalam tempoh 7 hari selepas keputusan Lembaga Tender.
SPP 7/79
3.2. Agensi-agensi perlulah memastikan :-

3.2.1. Semua tender kerja dipanggil secara tempatan. Sekiranya kontraktor tempatan tiada kepakaran atau sukar dilaksanakan secara usahasama, tender antarabangsa bolehlah dipelawa.
3.2.2. Bagi menggalakkan pemindahan teknologi dan penyertaan kontraktor tempatan dalam kerja di mana kontraktor tempatan tidak mempunyai pengalaman dan kepakaran, tender kerja hendaklah dipelawa secara usahasama antara syarikat-syarikat tempatan dengan kontraktor antarabangsa.
3.2.3. Sekiranya kontrak kerja itu dibiayai oleh institusi kewangan antarabangsa, kontraktor yang dilantik adalah terikat kepada ketetapan peraturan institusi tersebut. -
SPP Bil. 2/1995


Perolehan/Tender

Garis Panduan Penyediaan Dokumen Tender


Pengenalan

Garis panduan ini bertujuan untuk menggariskan panduan bagi penyediaan dokumen tender untuk perlaksanaan IBS di JKR. Garis panduan ini memberi penerangan mengenai tatacara penyediaan dokumen tender untuk perlaksanaan projek secara IBS.

Kaedah Perolehan

Selaras dengan arahan Kerajaan untuk menambahkan peratusan komponen IBS dalam rekabentuk dan pembinaan projek-projek Kerajaan, satu kaedah perolehan telah dirangka di mana terdapat tiga (3) jenis pemanggilan tender boleh dilaksanakan, iaitu:

Alternatif 1: Rekabentuk sediada kepada IBS
Reka & Bina tetapi telah mempunyai rekabentuk konvensional yang perlu ditenderkan dengan segera. Kaedah ini ialah:

Kerajaan akan memberikan rekebentuknya semasa proses tender kepada Kontraktor;
Kontraktor dikehendaki menukarkan rekabentuk konventional tersebut kepada rekabentuk berasaskan komponen IBS yang akan dijadikan asas utama tender;
Kontraktor perlu mengemukakan dua harga tender yakni satu berasaskan IBS sebagai asas harga tender utama dan harga rekabentuk konventional sebagai perbandingan harga sahaja. Walaubagaimanapun jika Kontraktor hanya menawarkan salah satu harga tender sahaja, maka Kontraktor tersebut tidak layak diperakukan untuk disetujuterima.
Jika Kerajaan berhasrat untuk menerima tawaran Kontraktor yang berasaskan harga konventional, maka satu Surat Niat hendaklah dikeluarkan kepada Kontraktor yang berjaya sebagai tawaran alternatif.



Alternatif 2: Tender secara Reka dan Bina
Reka & Bina: Tiada Rekabentuk dan pelaksanaan projek perlu disegerakan tetapi sebelum dibuat pemanggilan tender hendaklah dilaksanakan proses pra-kelayakan bagi memastikan hanya Kontraktor yang berkelayakan dan berkemampuan sahaja yang akan menyertai tender tersebut; dan

Alternatif 3: Rekabentuk IBS sepenuhnya
Tender konventional: Rekabentuk sediada dengan menggunakan komponen IBS yang direkabentuk oleh Kerajaan berasaskan system IBS terbuka.

2 comments:

zulfahmy said...

Saya dapati blog ini mempunyai info yang banyak dan amat berguna sekali.Saya juga suka membaca blog ini sekiranya saya bosan.

Nur Azfahani said...

Terima Kasih :)