Powered By Blogger

Qalam - Majalah BS Perak


Persatuan Ukur Bangunan (BISA) di bawah naungan Jabatan Ukur Bangunan, UiTM Perak sentiasa menerbitkan buletin Ukur Bangunan pada setiap semester pembelajaran di UiTM Perak. Ianya adalah hasil kreativiti pelajar-pelajar Ukur Bangunan UiTM Perak yang telah dilantik oleh pihak Editorial Qalam.

Buletin ini dikenali dengan nama 'Qalam' yang membawa maksud Kalam atau pena tulisan. 'Q' dihadapan nama majalah tersebut membawa maksud Quality - di dalam pembelajaran juga penghasilan produk BS untuk keperluan industri semasa. Nama Qalam ini telah diilhamkan oleh pelajar BS UiTM Perak sendiri iaitu saudara Mohd Syukri.

Penasihat pertama majalah Qalam ini adalah Pn Nur Azfahani Ahmad dan kini ianya di bawah naungan En Mohd Zulkhairi Osman. Semasa nota ini ditulis, Majalah Qalam di dalam proses penyuntingan terakhir yang telah mengkompilasikan semua berita-berita BS di UiTM Perak sejak 3 semester yang lepas.

Antara kandungan yang dilampirkan di dalam buletin ini adalah merangkumi Laporan Lawatan Akademik Pelajar, Keputusan dan Pencapaian Akademik dan Sukan, Artikel-Artikel Pensyarah, Aktiviti-Aktiviti Jabatan dan banyak lagi.

Bermula pada awal semester 2005, Majalah Qalam telah diterbitkan dengan pelbagai tema dan isu berkaitan, di mana tema pada setiap Majalah Qalam telah ditonjolkan melalui grafik kulit majalah.


Tema pertama menonjolkan tema pembinaan dan kerangka bangunan telah dipilih sebagai latar kulit majalah dengan diselitkan logo rasmi UiTM.


Bagi Majalah kedua, me mandangkan ianya diterbitkan pada bulan Ramadhan dan diedarkan pada bulan Syawal, hanya warna rasmi UiTM (ungu) sahaja digunakan untuk mencerminkan tradisi dan budaya.

Bagi majalah ketiga, tema yang dibawa adalah Kejuruteraan Senggara, justeru itu imej 'gear' telah digunakan bagi menggambarkan imej kejuruteraan tersebut dan majalah keempat menggunakan tema 'the faces of future BS', jadi gambar-gambar pelajar-pelajar BS telah dihimpunkan di kulit hadapan majalah (seperti yang tertera pada awal tulisan).

Majalah Qalam ini adalah satu wadah perjuangan dan kebanggaan pelajar-pelajar BS UiTM umumnya dan UiTM Perak khususnya.

Salam berQalam!

No comments: