Apakah Thermal Comfort? UNTUK PELAJAR/PENSYARAH

Salam, setiap semester, saya selalu berhadapan dengan soalan yang sama berulang kali dari pelajar-pelajar (tidak kira dari kampus UiTM Perak/Shah Alam) yang bakal/akan membuat thesis/dissertasi. Alhamdullilah, ada juga yang telah pun menjadi pensyarah juga seperti saya dan membentangkan kertas-kertas penyelidikan mereka di persidangan-persidangan dalam negara. =)

Thermal Transmittance and Convection
Picture sources:
http://www.somfy-architecture.com/index.cfm?page=/buildings/home/bioclimatic_facades/natural_ventilation

Indoor Thermal Comfort
Picture sources: http://www.battlemccarthy.demon.co.uk/projects/rare.htm

Outdoor Thermal Comfort
Picture sources: http://www.battlemccarthy.demon.co.uk/projects/rare.htm





 
Pastinya mereka yang bertanya akan membuat kajian terhadap bidang yang menjadi kecendurangan saya selama ini. Iaitu "Environment Technology and Services". Saya cukup menggemari skop penyelidikan dan inovasi di dalam bidang ini.

Mereka sering bertanya perkara yang sama iaitu berkaitan Keselesaan Therma (Thermal Comfort). Mungkin, barangkali, kerana saya sendiri memang cenderung ke arah penyelidikan yang berkaitan Teknologi Persekitaran (Environmental Technology).

Satu yang saya ingin selalu tekankan bahawa anda perlu mengkaji maksud dan definisi sebenar sesuatu perkara sebelum membuat kajian. Penyelia  akan sentiasa memberi panduan tetapi kamu yang harus memahami maksud sebenar sesuatu perkataan.

Thermal Comfort (Keselesaan Terma) bukanlah satu istilah yang mewakili HANYA satu perkara. Skop Keselesaan Terma sangat luas. Ia boleh sahaja berlaku untuk bangunan dan juga untuk manusia.

Jika kamu tahu tentang suhu (Dry-Bulb and Wet-Bulb Temp), kelajuan angin (wind velocity), kelembapan relatif (RH), wap air (water vapor) dan pelbagai lagi elemen, ia sebenarnya semua di bawah skop Thermal Comfort.

Apakah maksud Thermal Comfort?
ASHRAE telah menggariskan bahawa Thermal Comfort sangat berkait rapat dengan keselesaan terma pada manusia. Kerana objektif utama adalah untuk memberi keselesaan pada manusia. Saya amat pasti selepas ini, nota saya ini akan digunakan oleh majoriti pelajar saya untuk tujuan assignment/dissertasi, saya tidak kisah. Ambil dengan syarat 'cite' nama saya  (Nur Azfahani, 2010) dan baiki bahasa kamu. Kerana yang pastinya tujuan saya menulis di sini adalah sekadar memberi tunjuk ajar di dalam bahasa rojak! Untuk memudahkan pemahaman.

ASHRAE menyatakan dalam Perkara 55, keselesaan terma sangat dipengaruhi oleh tahap keselesaan yang diekspressikan sebagai selesa oleh manusia di mana ianya disumbangkan oleh faktor-faktor persekitaran. Jadi Thermal Comfort ini sebenarnya terlalu abstrak kerana ianya bergantung pada setiap individu. Lain orang, lain tahap keselesaan mereka. Kalau kamu gemuk, tahap keselesaan berbeza dengan orang yang kurus (Saya amat pasti ramai yang masih mengingati perbandingan yang saya selalu buat sewaktu di kelas).

Jadi, apakah faktor-faktor persekitaran?
Sangat banyak!
Suhu, solar radiation, hujan, angin, kelembapan, faktor hadangan, topograhy, dan banyak lagi amat mempengaruhi keselesaan terma. Metabolisma badan juga antara faktor-faktor yang mempengaruhi.
Jadi fikir masak-masak, adakah skop Thermal Comfort yang kamu ingin buat?
Atau sebenarnya kamu ingin fokus pada satu skop kecil di bawah Thermal Comfort?

Thermal comfort dipengaruhi dengan kadar haba dialirkan, disebarkan, diserap, dihadangkan oleh pelbagai faktor dan elemen ( heat conduction, convection, radiation, and evaporative heat loss).
Faktor-faktor Thermal Comfort sendiri dibahagikan kepada tiga faktor besar iaitu:-
1. Human (Metabolism, Pakaian, Saiz badan, Faktor Lemak, Activity yang dilakukan)
2. Internal (Material bangunan di dalam, Suhu lantai, susunatur perabut, Kedudukan bukaan pintu tingkap)
3. External (Solar radiation, faktor-faktor hadangan, topography, Angin dll)

Jadi, kamu harus memahami apakah istilah 'thermal equilibrium', thermal conductivity, thermal resistant, thermal transmittance di mana yang pastinya setiap kajian HARUS disertakan dengan formula-formula! Dan pastinya menggunakan instrumen/alatan yang berkaitan. [Haa..saya rasa untuk bercerita pasal formula dan peralatan, saya kena buka bab lain! Itu pun kalau ada permintaan..]

Jika penyelidikan kamu tidak mempunyai kajian numerikal/quantitative (formula), bagaimana kamu ingin katakan yang bangunan kamu selesa? Renung-renungkan.

Kemudian, kamu ingat K-Value, U-Value, R-Value? Ya, jangan lupa kaitkan ini di dalam dissertasi kamu, jika Thermal Comfort yang ingin kamu buat.

Seterusnya jangan lupa untuk membuka kitab-kitab Thermal Comfort yang paling popular sekali di dunia (Yes, I Really mean it..Di dunia..) iaitu ASHRAE STANDARD AND CIBSE STANDARD! Hukumnya WAJIB!
Dan pastinya kajian yang dibuat di Malaysia, harus juga dirujuk dengan UBBL 1984!
Baru kajian kamu efektif dan mencapai nawaitu sebenar Thermal Comfort.

Justeru itu, saya amat-amat berharap, kepada pelajar-pelajar dan juga bakal Penyelia, tolong fahami istilah 'Thermal Comfort'. Saya selalu memeriksa dissertasi pelajar-pelajar sebelum ini, maaf.. ramai yang tidak memahami maksud Thermal Comfort dan kadangkala membuat penyelidikan berkaitan udara SAHAJA tetapi tajuk di luarnya adalah Thermal Comfort. Anda boleh membuat kajian berkaitan dengan syarat menulis seperti contohnya "Thermal Comfort : In Focus of Temperature". Itu dibenarkan..

Sekian, Terima Kasih

"Sharing is Charing"
Bahasa di atas adalah semua ilham sebenar dari saya sendiri..

Nur Azfahani, 2010

Auckland

3 comments:

mohd mahathir suhaimi hj . shamsuri said...

Assalamualaikum Tuan/Puan/Dr./Proff, saya amat berminat membaca blog yang pihak Tuan/Puan/Dr./Proff sediakan, terima kasih terlibih dahulu atas info yang diberikan.
Saya ada niat untuk menyambung pengajian, dan kajian yang ingain dilakukan adalah dalam bidang thermal comfort, walaupun sebelum ini saya tidak mempunyai latar belakang dalam bidang tersebut.
Sekiranya Tuan/Puan/Dr./Proff tidak keberatan, bolehkah Tuan/Puan/Dr./Proff memberikan email untuk saya bertanyakan pendapat berkaitan dengan thermal comfort?

terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih...

email saya mohd_mahathir@rocketmail.com

Ichlas Wan said...

Salam tn/pn/prof, saya ingin bertanya sedikit soalan ttg thermal comfort dan efek kesihatan kepada manusia. boleh tn/pn/prof memberikan email utk sy bertanya dengan lebih lanjut? kerana sy sdg menjalankan kajian yg berkaitan dan masih buntu. terima kasih.

Juniyatie Aqilah said...

assalamualaikum, saya pelajar uthm tahun 3 dari fakulti fptv.. sekarang saya sedang menajalankan kajian untuk projek sarjana muda 1 berkaitan dengan keselesaan termal (thermal comfort). boleh tak saya nak minta tn/pn/prof berikan maklumat berkaitan dengan thermal comfort... apa sebenarnya definisi thermal comfort ni yer...

terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih...

email saya juniyatieaqilah@gmail.com...